Wednesday, November 28, 2007

Siti Salmah

Siti Salmah meninggal dunia di IJN
Siti Salmah


KUALA LUMPUR 27 Nov. – Selepas 25 hari bertarung nyawa setelah menjalani pembedahan pemindahan jantung serta paru-paru serentak dan pertama di Institut Jantung Negara (IJN), Siti Salmah Jasni, 18, menghembuskan nafas terakhirnya di sini, hari ini.

IJN dalam kenyataannya hari ini memberitahu, Siti Salmah meninggal dunia akibat septisemia dan jangkitan yang teruk.

Menurut kenyataan itu, selepas pembedahan pemindahan itu, Siti Salmah tidak menunjukkan sebarang tanda yang organ-organ baru itu tidak diterima oleh tubuhnya.

Bapanya, Jasni Zainal, 52, berkata, Siti Salmah meninggal dunia pada pukul 5.30 pagi ini dalam keadaan tenang di Unit Rawatan Rapi (ICU) IJN.

Semalam, tiub pernafasan Siti Salmah dibuka pada sebelah pagi tetapi dipasang semula pada sebelah petang untuk membolehkan doktor melihat perkembangan organ barunya itu.

Menurut Jasni, mereka sekeluarga reda dengan ketentuan Ilahi dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk Utusan Malaysia, IJN, Institut Perubatan Respiratory (IPR) terutama doktor-doktor yang bertungkus-lumus cuba menyelamatkan anaknya hingga ke saat akhir.

“Namun ramai yang tidak mengetahui, kedua-dua belah kaki arwah sebenarnya terpaksa dipotong selepas enam hari menjalani pemindahan serentak itu,” katanya.
Katanya, ini berikutan urat yang menyalurkan darah ke kedua-dua belah kaki anaknya sempit menyebabkan jantungnya tidak dapat mengepam darah secara menyeluruh sehingga ke bahagian kaki.

“Pada 2 November, iaitu selepas dia dibedah untuk pemindahan organ, arwah menunjukkan kemajuan yang baik walaupun menghadapi komplikasi.

“Tetapi selepas enam hari menjalani pembedahan itu juga, jantungnya terhenti mengepam darah selama lima jam dan terpaksa bergantung kepada bantuan mesin.

“Keadaan ini juga menyebabkan darah tidak mengalir sehingga ke kedua-dua kaki anak saya menyebabkan tisu di kakinya rosak,” jelasnya.

Beliau berkata, doktor berusaha untuk memasukkan tambahan injap untuk tekanan darah anaknya kembali normal kerana pada ketika itu, tekanan darah Siti Salmah telah rendah.
“Namun malangnya, usaha itu tidak berhasil kerana darah di kedua-dua belah kaki anaknya menjadi beku.

“Sehinggalah ke saat akhir, doktor mendapati terdapat pula jangkitan kuman pada paru-paru Siti Salmah,” katanya.

Sementara itu di JOHOR BAHRU, jenazah Siti Salmah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Taib Andak selepas solat Zuhur hari ini.

Arwah yang merupakan anak kelapan daripada 12 beradik mula mendapat perhatian apabila pada pertengahan Oktober lalu, Utusan Malaysia memulakan langkah pertama pencarian paru-paru baru untuk Siti Salmah setelah hampir lima tahun menanggung derita.

Pencarian itu akhirnya berjaya apabila seorang mangsa yang meninggal akibat kemalangan jalan raya di Kedah mendermakan organ jantung dan paru-paru kepada Siti Salmah yang pada ketika itu dijangka hanya mempunyai baki dua tahun untuk meneruskan kehidupan.

Ini membolehkan Siti Salmah menjalani pemindahan jantung dan paru-paru serentak dan pertama kali berlaku di negara ini pada 2 November lalu.

Siti Salmah, pelajar tingkatan enam rendah Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman Putra, Kulai disahkan menghidap penyakit Hipertensi Pulmonari sejak lima tahun lalu.

Sebelum ini, dia bernafas dengan bantuan tangki oksigen sekurang-kurangnya 16 jam sehari dan terpaksa melupakan hasrat untuk aktif di sekolah kerana penyakitnya.


****** terkenang pulaks kenangan lama.
Kawan aku ni pun dah meninggal jugak, sakit Leukimia. Nama dia Elis, dia memang best frend aku laa kat sekolah dulu.

Memang tak dapat aku lupakan sampai bila2 lah. Comey sangat wajah(berseri2,bercahaya) dia seminggu sebelum dia meninggal dunia tu..lambaian tangan elis sebelum aku beredar pulang melawatnya kali terakhir membuatkan aku tertoleh kepadanya 2,3 kali laaa.

Kawan aku ni kelakar orangnya. Aku selalu suruh dia bercerita...apa2 sajalah. Gayanya bercerita tu...membuatkan aku tak kering gusi.

Dia Pandai melukis (aKU pandai melukis potret drpd kawan aku ni ler...sekarang ni dah lupa dah camna nak lukis, lama tak praktis) Ada kawan aku yg lain kata.... aku ni...dapat menurun ilmu pandai melukis drpd Elis. Sebabnya: sebelum Elis meninggal, aku lukis potret tak macam rupa org.

Banyak lagi lah cerita menarik antara aku dan Elis ni..tak boleh aku ceritakan dalam dalam blog ni.

MMmmmm tu ler kenangan aku.Semoga Elis dan Siti Salmah ditempatkan org2 yang solehah. Al-Fatihah.

Thursday, October 11, 2007

Kuih raya

ni ler kuih2 raya yang berjaya dibuat tahun ni. Sorry gambar tak berapa menarik, ambik gambar dah senja gitu ler rupanya. Biskut sarang semut tu..tahun baru rasa puas hati skit nak tengok, tahun2 lepas jadi macam sarang semut musim hujan jer...kembang semangkuk.
Tart Nenas tu..baru mintak resepi dari Mesia tu....patut ler tart nenas aku sebelum ni tak berapa nak menjadi jer...rupa2nyan orang gaul jer butter+gula, aku pulak g bantai pukul ngan mixer sampai kembang putih tu...tart aku pun kembang semerbak cam butter tu jugak. Kuih feberet abang ni...dah 2 tahun teringin nak makan kuih ni..tahun baru jadi aku buat. Tart ni..memang eida buat khas utk abg. Abang ler puas2 yer...tak habis siap abang...Eida belasah karang.
Rempeyek ni pulak...resepi dari mak aku(mak mertua) kira mak aku ler juga tu..Tak kira dia mak aku jugak keh keh keh. tiap2 tahun memang aku ler yang jadi tukang goreng rempeyek ni...bukan aku merungut ni..aku suka dan rela, dan aku pun makan rempeyek. Duduk depan tv ngap ngap makan rempeyek.

Almond London ni..resepi dari kawan aku. Kawan aku ni memang tukang buat kuih raya jual punya. Tahun ni...tak tahu ler dia buat ker tidak kuih raya, dia tengah sarat muatan tu....ntah ntah dah bersalin ko Liza. (rupa almond aku yang baru kena celup coklat)



Friday, July 27, 2007

Thursday, July 12, 2007

Emas

sorry ler kekawan dah lama memblogingkan diri ni..pc kat umah slow yang teramat laa sangatnya, pastu guna dial-up laks tu...bertambah ler slownya.

Hari ni Eida nak belajar dari kekawan pasal Emas (Gold). Tentu kekawan banyak membeli emas kan. Eida ni...tak tahu sangat cam mana nak pilih emas, ada ler 2,3 bentuk cincin tu..tu pun yang org kasi kat kita. Nak beli sendiri tak reti lagi ni....(dah besooo gini lom pandai lagi...hik hik hik)

tengok jer laaa org pakai emas cantik². Sekarang ni..baru nak belajar beli emas. Ajar skit kekawan cam na nak beli emas ni...takut jugak kena tipu ngan tokei kedai emas ni....emas pound ler, emas karat ler...emas lembut ler...lembit ler...

isk ish ish banyak jugak kategori dia eksss... antara pakar² emas yang Eida nak jemput memberi keterangan untuk Eida seperti dibawah:

mak su, maklang, Luna, Pb, Ummir

*****sapa² yang Eida tak sebutkan pun boleh jugak tolong Eida dalam perkara ni...Ilmu anda dialu² kan, timer kasih very much.

Di dari komen kekawan kat Eida ---------------------------------->

Mak Su said...
hihihi, mak su sendiri tak pandai... tapi nanti mak su try try ler
Wednesday, July 11, 2007

maklang said...
pakar emas??????maklang tak tau pulak maklang ni pakar emas!setau maklang emas yang biasa dijual tu is emas 916. Emas ni kategori keras dan senang dibentukemas sepuluh pun ada, mahal sikit dari emas 916. Biasanya kalau buat gelang dari emas ni , bila lama2 pakai , gelang boleh jadik longgar!kalau emas yang 18K tu , biasanya lama2 jadik kusamemas zhulian, maklang tak pernah beli...setakat tu aje yang maklang tau...kalau nak tahu lebih banyak lagi, kena pergi kedai emaslah kot....:)
Wednesday, July 11, 2007

RaFFLeSiA MeRaH said...
kita x leh nak jwb tag ni sbb jarang sesgt beli emas, dulu2 mak yg tolong beli, skrg dah keje pun x beli emas pun sampai la masa nak tunang ri tu pilih cincin ngan tunang kat poh kong, tu pun pilih kejap jerrr....pun x reti hal mas2 ni....
Thursday, July 12, 2007

kakLuna said...
a'ah mcm ckp maklang, biasanya emas yg dok jual tu 916 le maknanya 91.6% emas, yg lain tu bahan apa ntah nk bg dia keras. harga ikut pasaran, kalau nk menyimpan pun elok simpan emas jenis ni le sebab kalau jual balik, ada harga.emas tulen 99.99% tu org panggil emas kertas atau emas daun, tp jarang sangat la di jual..sbb rapuh sangat. emas 750 tu kalau yg ada batu..mcm cincin tunang ke..sbb apa kene 75% je emas?sebab nk ikat batu hiasan tu la.emas 916 org x buh batu sbbnya nnt batu cepat tanggal.malangnya emas ni kalau jual balik x de harga. jd kene terus pakai le ye.. :) emas yg ni harga murah sket..RM90 pun leh dpt sebentuk cincin 3 batu :)sesungguhnya akak cuma penah baca psl emas, tp bukan le pakar dan takde pun barang emas berurat2..cuma ada cincin tunang,kawin dan seurat rantai tangan murah saja
Thursday, July 12, 2007

ADIEJIN said...
Pisang Emas bibawa belayarHujan EMas di negeri OrangPasir MasWArga Emas ( macam maklang tuh )Ikan EmasItu saja yang Jin tahu pasal Emas.
Thursday, July 12, 2007

Jawapan Eida utk semua ni....:-

Maksu, maklang, Raflesia Merah, Kak Luna, Adiejin : Gitu ker pasal emas ni, apa² pun timer kasih bebanyak sudi memberi ilmu free.

Wednesday, May 9, 2007

Ensen dan sihat

Ensen dah sihat hari ni..suka sangat tengok dia nak sembang2 & main2.

Dah pandai buat buih liur tu...baru belajar nak meniarap, membebel pun kuat jugak tu.....

Tuesday, May 8, 2007

Nappy Rash

Ensen ku nappy rash laks ari ni...demam vaksination semalam pun lom kebah lagi

dah 2,3 hari dah, tengok bontot dia merah2 jer. Dah try letak krim sudocrem (krim utk nappy rash punyer) tak jalan jer nampaknyer...celah bontot tu..kulit dia dah merah & berair.

hari ni try letak minyak telon, dilapiskan dengan bedak pulaks sebelum tu...aku spray air n lap kering2 bontot dia ngan tisu muka, air kat sini terlampau sejuk cam ais jer.....tu ler pasal main lap jer. tak tahu ler cara ni berkesan ke tidak...zaman untie2 aku dulu...dia org buat mcm tu ler...kat anak2 dia org.

ni antara rujukan aku ari ni.....

http://www.medinfo.co.uk/conditions/nappyrash.html
Nappy rash, otherwise known as napkin or diaper rash, is a red rash, or sore area, that affects skin under or around a baby's nappy (diaper).

Symptoms
There may be a little redness, but the area may become very sore and red, with red spots, blister and broken skin.

Causes
The cause of nappy rash is the skin being kept wet along with the chemical irritation of ammonia, produced by stale urine. This has the effect of breaking down the protective barrier normally formed by the skin, causing redness and rawness (inflammation) and allowing germs of various types to attack.
The most common infection to complicate the ammonia-like irritation is thrush (candida). In this event, the rash often has clusters or red spots around the margins of the main red area. Other germs (bacteria) can also infect the area.
It follows that the longer wet or soiled nappies are left in contact with the baby's skin, the more likely nappy rash is to develop. Some babies' skin is, however, much more sensitive than others. The problem is probably worse with old fashioned terry towelling nappies, especially if worn with waterproof pants. Modern disposable nappies, which are better at keeping the fluid away from the skin, are better in some respects.

Other Factors
If using terry nappies, the detergent or softener might remain in the towelling, even after a full wash cycle. (Try smelling and wringing them while still damp. Often bubbles still appear.) Babies with sensitive skin may react to even minute amounts of these chemicals, especially if they contain a "biological" additive.
Babies may react to the elastic at the waist and legs of disposable nappies, and also to other components, but this is only rarely a problem.

Treatment

  • When possible, leave the nappy off, allowing air to get to the skin.
    It may help to use a barrier cream at nappy changes.
  • Some barrier creams have antiseptic properties, which can help to deal with any germs.
    Discuss an appropriate cream with your nurse, health visitor, pharmacist, or doctor.
  • If the rash is not settling after a few days, or is very raw and the skin broken, discuss with your health visitor, nurse, or doctor. You may need other treatments, which more specifically deal with infection.
  • Persistent nappy rash problems can come as a result of sensitivity to agents used in washing towelling nappies, and it is worth avoiding anything containing biological ingredients, and trying a double rinse cycle.

Prevention

  • Think of the nappy as a way of stopping bedding and clothes being wet or soiled, not as a means of allowing you maximum time between changes.
  • Change the nappy when it is wet or soiled. It may be as often as hourly in new born babies.
  • Change the nappy before putting baby down after a feed, or to sleep.
  • If the nappy is soiled, use the nappy to remove the worst of it, then wash with warm water and a gentle soap, using cotton wool. Alternatively, use baby wipes.
  • When possible, allow the baby to lie in a warm environment without a nappy for a while, before putting on another one.
  • If your baby seems to have a generally sensitive skin, think again about what you can do to reduce contact with anything that might upset this, eg detergents and conditioners, soaps, certain elastics and fabrics etc. Also, it is worth drawing this to the attention of you doctor, especially if there are skin problems (eg eczema) in the family.

Monday, May 7, 2007

Diari ku (7 may 07)

pagi tadi, bangun-bangun tidoo jer.

Sibuk nak buat sarapan. Oleh kerana aku kena pantang untuk ensen aku tu...
terpaksa ler makan nasi berlaukkan daging hari2. ensen aku ellergi ngan protein makanan..pahtu ada ekzema laks skit2. Kena dengar nasihat Doktor tu..

kol 10pagi, ada appointment ngan Doktor laks, ari ni vaksination ensen yang kedua (3 bulan). Cian kat dia, kena cucuk 3 das tu...sedih aku tengok ensen aku kena cucuk..
apalagi...melolong ler ensen, balik umah panas jer badan dia.

kira-kira kol 1petang baru sampai kat umah ni...menyinggah kat groceries kejap...beli barang2 dapur.

dam dum dam dum..dah malam, tunggu hubby balik pulak ni...mata pun dah lalok ni...

yang semestinya...aku dah mengantuk bebenor

Monday, March 26, 2007











SAMBAL IKAN BILIS (CITARASA TERENGGANU)


bahan-bahan :
ikan bilis
2 biji bawang putih ]
1/2 biji bawang besar ] di kisar
1 sudu besar air asam jawa
2 sudu cili boh
1 1/2 cawan air
garam
1 sudu minyak ] untuk menumis


cara-caranya :
1. Panaskan minyak, tumiskan bawang sehingga berbau wangi
2. Masukkan cili boh, tumis lagi sehingga garing
3. Masukkan ikan bilis, air asam jawa, garam dan air
4. Tunggu sehingga masak dan rasa.



*** sesuai di hidangkan bersama nasi lemak

HONEY CHICKEN

Bahan-bahan :
4 ketul ayam
1 sudu besar cili boh
2 sudu besar tomato puri
2 biji bawang putih ]
1 biji bawang besar ] ditumbuk/kisar
2 sudu madu
1 batang serai ] diketuk
sedikit gula
sedikit garam
minyak ] untuk menumis

cara-caranya:
1. Panaskan kuali, masukkan minyak. tunggu sehingga panas
2. Masukkan bahan yang dikisar/ditumbuk, tumis sehingga naik bau
3. Masukkan cili boh, tumis lagi sehingga naik bau
4. Masukkan tomato puri, serai, madu, gula, garam dan rasa mengikut citarasa saudara









CREAM PUFFS





Bahan Pastry:
330 gm air
190 gm mentega
secubit garam
240 gm tepung gandum
2 biji telur

Custard Cream:
1/2 cawan custard powder
1 biji telur
1/2 cawan susu tepung
1 1/2 cawan air
1 cawan gula


Cara-cara untuk membuat pastry:


1. Panaskan oven 200’c.
2. 1 tin pembakar kuih dialas dasarnya dengan kertas alas kuih.
3. Tuangkan air, mentega dan garam kedalam periuk dan jerangkan diatas dapur hingga mendidih.
4. Apabila sudah mendidih, tuangkan tepung kedalam periuk dan kacau dengan segera.
*** gunakan hand mixer untuk mengacau jika tak larat guna tenaga tangan
5. Masak hingga adunan menjadi satu 'dough' yg besar dan tak melekat ditepi periuk.
6. Turunkan dari dapur dan biarkan adunan sejuk sebentar.
7. Sesudah itu, pukul adunan sambil menuangkan telur sedikit demi sedikit hingga habis.

(sehingga boleh jatuh dari sudu).
8. Masukkan adunan kedalam piping bag dengan menggunakan nozzle bintang,
9. Bentukkan bulatan kecil-kecil.
10. Jarakkan sedikit, unan akan kembang apabila di bakar.
11. Bakar sehingga kuning selama 25 min dgn suhu 200’c.12. Angkat dan sejukkan.
Belahkan dua (tapi jangan putus) dan isikan dengan custard cream menggunakan piping bag.





Selamat mencuba resepi ku...boleh taipkan comment jika terdapat keraguan.....
**** saya selalu buat Cream Puffs ni.....menjadi elok, tak caya.....cubalah