Tuesday, July 31, 2007

Bread maker

sabtu lepas g garage sale, tengok iklan kat dalam LOOT online. Banyak jugak barang Maori ni jual. Katanya: buat jualan untuk kumpul duit nak g holiday. mudah betul dia org cari duit ekss...barang² terpakai dia pun leh jual balik. Antara barang yang dia orang jual baju, barang hiasan rumah dia, barang² kelengkapan umah dan ada skit² mainan kanak².

kami beli bread maker (jenis lama), rak kasut(NZD1 jer) dan kerete mainan kat Haziq(yang boleh panjat naik atas....) habis NZD 30 beli barang Maori tu ari tu..

ok jugak ler..dapat ler Eida merasa cam nak guna bread maker. Nak beli baru mahal sangat, roti kat kedai baru NZD1 sebungkus tak habis nak makan.

Kawan² kami sekarang ni...tengah mengumpul barang termasuk ler bread maker ni.
Heiii kawan Eida dah dapat bread maker. Nak merasa roti mesin uli sendiri datang ler umah ekss.....Eida punya ni tak boleh buat delay time (fesyen lama ler..)

semalam dah cuba buat roti putih, menjadi elok cuma crust jer tebal skit (tersalah setting crust). Esok² leh cuba buat roti sandwich pulaks. Yang semalam pun tak der orang nak makan, dah nak cuba yang lain pulaks (gelojoh sungguh ler....orang baru jumpa mesin gitu ler...) Esok,esok tak habis roti tu..g sedekah kat itik² Waikato ler.

Sunday, July 29, 2007

beehoon jer

Isnin ni YA(Kawan kami, Ya bukan nama sebenar) nak terbang balik Mesia dah, balik for good (dah tamat belajar). Semalam perjumpaan kami yang last ler tu kiranya. Ya datang umah bersama 5 lagi kawan kami juga. So...kami tong tang tong tang minum² ngan geng² .....Minum tea O, makan beehoon goreng, muffin dan popia (Resepi maklang, Eida cuba menjadi, sedap dan senang jer nak buat tu...thank maklang for recepi tu)


Kak Eli buat takut² laks datang umah. Pasal takut kak? Sebab datang tak bagitahu Eida.....lorrrrr ko ni kak. Tak perlu takut laa kak kat Eida ni...Eida memang mengalu²kan kedatangan korang kerumah Kami ni....sapa lagi...kalau tak korang yang datang kat umah ni..tak kan nak ajak si Micheal tu pulak (jiran sebelah umah) Maori tu ker...ishkkkkkssssssssssssssss

kejap lepas beberapa minit dia org ni balik sampai laks kawan dari Morinville ni...meriah tu umah kami ari ni..cam raya laks rasa

Meriah. meriah dan memang meriah. Riuh rendah ngan bebudak, dah lama kami merasa suasana gini.


Dalam kol 5ptg tu...ada kawan dari Morinville datang menziarah kami dan menghantar mesin jahit (bukan mesin jahit Eida, Eida pinjam dari Pakcik Rahman n Kak Ani pinjam kejap dari Eida pulak). Cian kat Kak Ani tu...pinjam mesin jahit dah sebulan, 1 seluar pun tak sempat nak potong kaki. Katanya: kerja kol 5 pagi dah turun dari umah balik² kol 6ptg. Balik umah dah letih, lepas makan, solat n tidoo...bangun g keje pulaks. Tu ler keje slauter (tukang sembelih lembu Halal ke Malaysia, tak per ler kak....asal gaji lumayan).



Dia balik dalam kol 7ptg dan tamat ler aktiviti harian kami ari tu...Ari ni Ahad, duduk umah jer, Abang g Ofis (study, Hari ahad tak der org kat ofis, syok skit nak study..) dan kat luar hujan dari pagi tadi sehingga ler sekarang ni...

Friday, July 27, 2007

Posted by Picasa

Thursday, July 26, 2007

TRANSFOMER & HA

Hari selasa ari tu..g tengok wayang, citer transformer. Hari selasa tiket murah separuh harga, baby masuk free. syok gaks tengok citer tu...berkisah 5 robot baik dan beberapa robot jahat. Si robot jahat ni..mencari cube yang boleh membuatkan si robot jahat ni menakluki dunia. Si robot baik menyerupai kereta dan lori. Robot jahat ada gaks yang menyerupai lori, jets, heli n .....

rasa cam nak g tengok sekali lagi jer. Kali kedua tak suspens laaaaa...dah tahu jalan citer

balik tengok wayang singgah kejap kat foodtown belikan susu baru untuk Haziq. Jenama yang sama macam dulu gaks, jenis jer lain. Kali ni beli jenis HA laks (Hypoallergenic) moga² Haziq tak allergies susu lembu laks.

syukur....Haziq dah try 100ml (dlm masa 2 hari ni...) susu baru tu...no rash n he like it. Harap² lepas ni...rashnya akan hilang. Mummy Haziq ni..still berhati² lagi bab² makan...jaga susu badan. Doktor pun kata ok jugak bagi susu formula kat dia, asyik pantang² makan tak berapa bagus (kurang zat).

Tuesday, July 24, 2007

makan batu kapur?

Why Do We Need Calcium? ****buat tak nampak je yg atas ni...baca yg bwh tu ekss..
Calcium is one of the most essential and important minerals in our body. It is also the most abundant, with 99% being deposited in our bones, teeth and nails. Calcium is also used by almost every cell in the body including the heart, nerves and muscles and is relied on by the body for the development and maintenance of bone structure. It is essential if you are interested in remaining healthy.

Although we imagine our bones are permanent, they are actually being constantly eroded throughout our life and replaced with new bone tissue. In fact, our entire skeleton is renewed approximately every 7 years! If we do not consume enough calcium in our diet, our body takes the necessary calcium straight from our bones to use for other essential functions. This can result in brittle or porous bones, broken bones, low bone density and weakness -especially in later life.
To ensure we maintain excellent bone health, it is essential we receive sufficient quantities of calcium every day. It is even more important to ensure that the body can absorb and utilise the calcium it is given. Food researchers and scientific literature have long concluded that natural food complexed calcium is "the most suitable form of calcium for long-term use". Naturally occurring calcium from food is far superior to non-food calcium and most of the best sources of minerals are from natu-ral plant or vegetable foods. However, calcium is high in only a very limited number of foods. You need between 700-1500mg of calcium per day and your body does not make calcium so you must get it through your daily food intake.

yang nak dijadikan cerita tu..semalam kami 3 beranak g kedai Hardy's (kedai ubat traditional). kononnya nak cari ler supplement yang boleh menguatkan imun sistem si Haziq ni...asyik allergy jer..Kecik lagi kan memang ler gitu agaknya ler. Ada 1 kuman tu..lactobasilus (kuman yg ada kat dlm yogort tu.., leh cuci usus sekali, dia tak kasi makan kuman tu..kecik lagi katanya, umur 2thn lebih boleh ler bagi mkn kuman tu..) pastu dia kata cuba dulu mende ni..Barley Grass untuk mengalkalikan asid dlm perut (badan baby beralkali..so tak sesuai ler....susu ibu yang banyak asid ni...tu yg dia kuar banyak rash katanya ler...mungkin jugak tu...Eida suka sangat makan masam²) dan dia bagi jugak pamplet pasal calcium ni....tu ler yang berlakunya cerita pasal Calcium ari ni.

Do you need more Calcium?
Are you a woman – over 16 years old? - a'ah memang betul la tu
Do you drink coffee or tea? - minum jugak skit²
Do you drink alcohol daily? - ishhhkkkk tak minum mende ni, haram nih
Are you pregnant or breastfeeding? - yup, susukan si Haziq ni
Are you on a diet? - tak diet pun
Do you smoke? - tak merokok
Do you not exercise regularly? - he he he
Do you have an allergy to dairy foods? - Eida tak allergy, si Haziq yang allergy
Are you a vegetarian? - tak jugak
Are you on a high protein diet? - diet juger, diet untuk si Haziq
Do you have brittle nails? - a'ah laaaa
Are you underweight or small boned? - betul ni...tulang kecik dan kurus kering

What Kind of Calcium is in Calcium Supplements?
Calcium Form Sourced from
Calcium Hydroxyapatite -----> Processed, degreased, crushed cow bone meal
Calcium Carbonate -----> Limestone or precipitated chalk **** ni yg Eida makan ni
Calcium Citrate -----> Limestone or chalk processed with lactic and citric acids
Calcium Gluconate -----> Limestone or chalk processed with gluconic acid
Calcium Lactate -----> Limestone/chalk processed with lactic acid
Lifestream Natural Calcium ------> Certified Organic Sea Vegetable


ni laaa sebenarnya yang bagitahu kekawan ni, Eida ingatkan calcium yg dimakan selama ni dibuat drpd. apa. Tak pernah terpikir pun sebenarnya...

ada sedikit terkejut laa jugak, dapat tahu selama ni..yang ditelan² tu rupanya batu kapur jer...bab tu ler murah agaknya..boleh beli kat pasaraya jer. Bukanler kena tipu sebenarnya, kurang faham ngan nama² calcium tu jer...bab tu yang terkejut tu...



ni calcium yang selalu di makan tu...beli kat pasaraya jer, murah dan senang nak cari. Jenama Healtheries.

Posted by Picasa

Thursday, July 19, 2007

Hadiah untuk orang sana

hadiah terkumpul untuk orang Mesia sana. Kalau nak dikira² ni...masing lom cukup lagi tu...tengok ler apa yang terjumpa dan menarik nanti leh ler ditambah lagi hadiah² tu..

---> yang bulat besar tu...pinggan besar (Hand painted, abg minat sangat ngan pinggan tu...)

---> ada 5 biji coffee plunger (teko buat air, siap ada tapis sekali...senang lee kalau nak buat kopi serbuk, leh muat air 1 liter. Plunger yang kecik atas tu..leh muat 3 cawan kopi jer)

--> Yang dalam kotak bunga² tu...utk insan itu....teko + cawan kopi, corak bunga rose. Eida suka sangat corak tu...Semua tu beli kat Stevens waktu sale baru ni.

--> Ssilicon bakeware tu...untuk Eida ler. Beli masa sale kat Briscoes ari tu. Murah jer tu dan tak der brand pun, boleh ler buat bakoo² . ringan dan murah senang nak hangkut balik Mesia.

Untuk kanak² riang lom cari lagi. Tengah tercari² apa yang menarik. Buah kiwi jer kot...

ni pulak...cake stand. Dah lama teringin sangat benda ni...bebunga rose. Orang minat rose laa katakan. Beli masa sale kat Stevens (kalau kekawan nak nengok katalog online dia pun boleh gaks, g sini http://www.stevens.co.nz , nak beli kena g kedai dia ler) baru ni..separuh harga.
Kat Mesia pun ada jugak cake stand lagu ni. Reganya Eida tak pasti laks. Cake stand yang Eida beli ni...diperbuat drpd. Fine Bone China, berat ler skit. Berat pun berat ler...orang dah minat memang gitu...
jangan ler ada yg jelous pulak...mende² gini kat Mesia pun ada jugak tau....tentu korang sumer dah lama ada bende² ni sumer. Tak macam Eida ni...baru berumahtangga, tengah kumpul barang ler ni...nak hanggut kat umah cendiri nanti. (Bila ada umah sendirinya? Entah ler.......tengok pada rezeki yang Allah kasi)

Friday, July 13, 2007

Untuk orang Mesia sana




Thursday, July 12, 2007

Emas

sorry ler kekawan dah lama memblogingkan diri ni..pc kat umah slow yang teramat laa sangatnya, pastu guna dial-up laks tu...bertambah ler slownya.

Hari ni Eida nak belajar dari kekawan pasal Emas (Gold). Tentu kekawan banyak membeli emas kan. Eida ni...tak tahu sangat cam mana nak pilih emas, ada ler 2,3 bentuk cincin tu..tu pun yang org kasi kat kita. Nak beli sendiri tak reti lagi ni....(dah besooo gini lom pandai lagi...hik hik hik)

tengok jer laaa org pakai emas cantik². Sekarang ni..baru nak belajar beli emas. Ajar skit kekawan cam na nak beli emas ni...takut jugak kena tipu ngan tokei kedai emas ni....emas pound ler, emas karat ler...emas lembut ler...lembit ler...

isk ish ish banyak jugak kategori dia eksss... antara pakar² emas yang Eida nak jemput memberi keterangan untuk Eida seperti dibawah:

mak su, maklang, Luna, Pb, Ummir

*****sapa² yang Eida tak sebutkan pun boleh jugak tolong Eida dalam perkara ni...Ilmu anda dialu² kan, timer kasih very much.

Di dari komen kekawan kat Eida ---------------------------------->

Mak Su said...
hihihi, mak su sendiri tak pandai... tapi nanti mak su try try ler
Wednesday, July 11, 2007

maklang said...
pakar emas??????maklang tak tau pulak maklang ni pakar emas!setau maklang emas yang biasa dijual tu is emas 916. Emas ni kategori keras dan senang dibentukemas sepuluh pun ada, mahal sikit dari emas 916. Biasanya kalau buat gelang dari emas ni , bila lama2 pakai , gelang boleh jadik longgar!kalau emas yang 18K tu , biasanya lama2 jadik kusamemas zhulian, maklang tak pernah beli...setakat tu aje yang maklang tau...kalau nak tahu lebih banyak lagi, kena pergi kedai emaslah kot....:)
Wednesday, July 11, 2007

RaFFLeSiA MeRaH said...
kita x leh nak jwb tag ni sbb jarang sesgt beli emas, dulu2 mak yg tolong beli, skrg dah keje pun x beli emas pun sampai la masa nak tunang ri tu pilih cincin ngan tunang kat poh kong, tu pun pilih kejap jerrr....pun x reti hal mas2 ni....
Thursday, July 12, 2007

kakLuna said...
a'ah mcm ckp maklang, biasanya emas yg dok jual tu 916 le maknanya 91.6% emas, yg lain tu bahan apa ntah nk bg dia keras. harga ikut pasaran, kalau nk menyimpan pun elok simpan emas jenis ni le sebab kalau jual balik, ada harga.emas tulen 99.99% tu org panggil emas kertas atau emas daun, tp jarang sangat la di jual..sbb rapuh sangat. emas 750 tu kalau yg ada batu..mcm cincin tunang ke..sbb apa kene 75% je emas?sebab nk ikat batu hiasan tu la.emas 916 org x buh batu sbbnya nnt batu cepat tanggal.malangnya emas ni kalau jual balik x de harga. jd kene terus pakai le ye.. :) emas yg ni harga murah sket..RM90 pun leh dpt sebentuk cincin 3 batu :)sesungguhnya akak cuma penah baca psl emas, tp bukan le pakar dan takde pun barang emas berurat2..cuma ada cincin tunang,kawin dan seurat rantai tangan murah saja
Thursday, July 12, 2007

ADIEJIN said...
Pisang Emas bibawa belayarHujan EMas di negeri OrangPasir MasWArga Emas ( macam maklang tuh )Ikan EmasItu saja yang Jin tahu pasal Emas.
Thursday, July 12, 2007

Jawapan Eida utk semua ni....:-

Maksu, maklang, Raflesia Merah, Kak Luna, Adiejin : Gitu ker pasal emas ni, apa² pun timer kasih bebanyak sudi memberi ilmu free.

Friday, July 6, 2007

BUNGA ROSE

Eida cukup suka bunga rose ni. Yang paling diminati rose yang berbau wangi berwarna pink. Jika tengok ada kat rumah orang, Eida pasti g jenguk bunga dia kejap n cium skit. ambik bau cam butterfly gitu...

kat sini ada banyak sangat bunga rose. ada mcm² species. ada 1 taman nama dia Rose garden, masuk jer spring season....comel sangat rupa garden ni...penuh ngan bunga rose, mcm kat dalam filem hindustan gitu ler rupanya...rasa macam nak tidoo jer atas bunga² ni..mana boleh buat gitu..taman awam ler

Bunga rose juger laaa bunga pertama yg Eida telah hulurkan kpd pakwe(sekarang dah jadi hubby dah...) semperna dia graduation dulu + 2 minggu perkenalan kami + pertama kali g jumpa keluarga dia.

Banyak angan² Eida pasal bunga rose ni...nak tanam dia sebagai pagar rumah ler, nak buat cam hindi garden ler, nak tanam keliling rumah buat hiasan ler...ish ish ish

Tapi....1 pun tak bertanam. Tanah pun tak der, umah apa tah lagi. Sekarang ni..duk umah flat jer (tak der tanah, tingkat 2, tuan umah marah nanti...kotor umah dia)

YANG PASTI....ROSE² HIDUP SEGAR KAT WAREHOUSE(pasaraya dkt ngan umah ni..) SEKALI SEKALA EIDA G LER TENGOK. KONON² NYA EIDA PUNYA LER TU......

*** baru kena tag ngan mak su pasal bunga
gamba kat rose garden ler tu..muka n kaki tu senser

Thursday, July 5, 2007

Tukar susu

ni susu yang ketiga utk Haziq. Pertama try susu Karicare infants. Haziq langsung tak mau minum pun. Saki baki yang ada dalam mulut tu..habis diluahnya...uweksssss

Yang kedua try pulak susu Nurture, keluar rash merah menyala kat leher dia. Tukarrrrrr


yang ketiga ni...try soya pulaks (Tanpa Lactose & Sucrose). Si Haziq ni...Dr. kata dia ada Excema (allergies bab² makan ni...nak² protein(lactose). Mummy dia ni..dah tak larat nak pantang. Makin lama badan makin melidi. Gigi pulaks rasa berdenyut² dah, Calcium memang makan.

2,3 bulan lagi InsyaAllah nak balik Mesia ni...tu yang nak berhentikan susu badan. Nak balik makan² kat kampung. Pahtu nak jaga badan ler jugak..dah makin melidi ni....

Apa dah jadi ngan Haziq sekarang ni kekawan nak tahu...
Rash 1 muka..merah², pahtu rash kat tangan. apalagi mengaru ler dia. Cian kat dia.....G klinik Dr. bagi ubat Phenergan (mcm ubat tidoo khas utk allergies..). Tengah tidoo ler Haziq sekarang ni..

Apa kata kekawan pasal mende ni...kekawan ada ideal ke pasal susu utk budak excema macam si aziq ni...