Sunday, September 23, 2007

Bocor

Asal waktu makan jer, basah. makan jer basah. Nak kata dikatakan bumbung umah aku ni bocor tak der lah. Tuan rumah aku memang jaga dengan baik umah ni..termasuk jugak aku.

Agaknya kena mintak tolong kontraktor bumbung ni...tolong tengok2 skit kat mana yang bocornya.

yang bocor sebenarnya si Haziq ni...tiba waktu makan jer mula laa dia nak menyembur makanan kat muka orang...basah2 aku dibuatnya. Dibantainya gelak jer tengok mengelak basah, bertuah punya budak. Hari ni pulak Haziq dah pandai geleng2 kepala, dia boleh ikut kalau kita pun geleng kepala sama. Penghibur mummy dikala kesunyian ni...
Petang tadi pulak....Haziq dah dapat mainan baru "selipar sembahyang daddy". Ingat kan kemana ler si Haziq ni..diam jer,Eida tengah masak utk berbuka puasa, Daddy pulak ke Ofis mentelaah tesis2nya. Ari minggu gini ler nak pulun kat ofis pun, tak der orang ganggu.Tengok2 si Haziq sedang menonggeng hisap tali selipar ish ish ish...mainan itu yg dia berkenannya.ni pulak lipas2 yang aku ternak kat umah ni. Dah tiba masa utk menuai lipas laaa...ni ler rupanya lipas2 NZ yang tak takut org, kecik2 jer pantang tengok makanan nak masuk. Cilakaaaa punya lipas! yang eida tunjuk ni baru 1 jerat, lom tengok 2,3 jerat lagi tu..semuanya penuh2 belaka.
Kepada sesapa nak beli ke jual ke...boleh ler hubungi Eida ekss...Kepada sesiapa yang ada ubat utk Lipas (Racun lipas) boleh ler sharekan rahsianya nyan eida. Lipas2 kat umah Eida ni dah tahan kritikal dah. Nak pandai pest control.....dia org pun tak mau sembur lipas2 ni...sebab ada baby katanya..beracun, tak elok utknya
sebelum ni tak boleh nak sembur jugak lipas2 ni...sebab aku pregnant tuan umah aku kata.......tak mustahil esok,esok anak aku main2 ngan lipas pulaks kan! mmmmmmmmmmmmmmmmmmmm sabo jer laaaaaaaa

Monday, September 17, 2007

Spring

Gambar ni diambil sebelum puasa lagi, lambat skit kuar menebeng kat sini....al-maklum ler busy memanjang. Busy pasal apa? mmmmmm susah nak cerita...

Gambar2 ni kat Uni abang jer...kuar jejalan berdua ngan Haziq sementara menunggu abang balik dari Ofis. Haziq jadi model mummy jadi camera girl, guna hp mummy jer ni...tu yang jelas skit.

sonoknya rasa hati eida ni..tengok bungan kuar merata2 tempat, malahan rumput pun ada bunga jugak. kecik2 jer warna putih bunga dia. Tingin laks rasa hati nak menari2 macam kat dalam filem hindustan tu...mmmm itukan khayalan belaka...mana boleh buat gitu. Mesti punya lah.....mamat2 salleh met2 salleh hairan tengok eida jika gitu...giloooo ke apa!

ishk tidak. Tak adalah....koyal belaka tu..
Posted by Picasa

Juadah Ramadhan (4)


Juadah Ramadhan (4)

Kuih Lapis + ayam Goreng + ikan masin + nasi putih + sayur Nenas ayam + air milo
Posted by Picasa

Sunday, September 16, 2007

Hamilton Garden 07


Hamilton Garden

sebelum berbuka puasa petang tadi, kami sempat ler g jejalan kat Hamilton Garden ni...kononnya nak g tengok bunga rose. Hampeshhhh Rose lom berbunga lagi ler....

mmmm jalan punya jalan...ada bunga ni...posing ler kami 3 beranak kat sini

mesti ada kawan marah kan! Eida ni apa laaa asyik tunjuk gambar bunga jer kan....
sabar fren, ko jangan tak tahu...aku niiii memang suker sangat bungaaaaaaaaa
tunggu aku tanam sendiri tah biler ler nak bebunga dan hidupnyer
jumper sekali sekala ni ler nak meroyan pun
Posted by Picasa

Juadah berbuka (1-3)

Juadah berbuka (1 ~ 3 Ramadhan)
Hari 1
Nasi minyak + ayam prune (resepi Kak Liza, Kerteh) + acar carrot + air bandung + coklat Whitakers + Black Grape

Hari ke 2
Nasi Putih + ayam prune (baki semalam) + tom yam ayam ketam + air susu segar + coklat whitakers + pakistan sweets + Black grape

Hari ke 3
Nasi ayam + ayam goreng + sambal nenas + air teh tarik + Black Grape + (Karipap goreng + samosa goreng ~ prozen tah zaman bila tah) + ulam nenas, salad

Resepi eida ni...tah cukup ke idah utk sebulan ni...tah tah bebalik ke resepi asal laks nanti...
Posted by Picasa

Friday, September 14, 2007

Umah Daddy




ni daddy tengah ajar anak buah buat home work
Haziq jadi pemerhati jer..tu yang nampak kepala jer tuu













ni Opah, Haziq yang ternganga tu & kak Ira















Ni rombongan mengaji Mak. Kekawan mak semua laa ni...datang umah baca yassin dan Doa selamat skit.






Monday, September 10, 2007

Umah Nyang

abg ngan kudin (cousin aku) tengah melilau mencari dahan rambutan nak dipotong.
Nak panjat tinggi sangat.


















ni pulak tengah cari tempat letak kaki...








lembu nyang. "dalam hatinye mungkin berkata...boleh ler aku makan rambutan ari ni ekss..."

















dah tumbang dah.....
dapat sebakul rambutan. akhirnya rambutan terlebih masak dalam bakul dan jadi rezeki lembu dan ulat buah jer....

tu ler..waktu kat sini terliur sangat, bila depan mata tu...tengok jer

dan sekarang teringin nak makan lagi...mmmmmmmmmmm mcm2 kan





ni nyang Haziq, nenek aku.
yang popuan debab tu...cousin aku..Hafizah namanya, sekolah baru form 5.

Nenek ni ler yang membesarkan aku sejak umur 8bln, selepas pemergian ibunda ku...
moga nenek tidak meninggalkan aku dahulu sebelum aku pergi pulak...ishhssss sedih ni... dah la tuu

23 Ogos Kenduri


Kenduri kawin cousin aku kat Terengganu. Dapat ler aku merasa nasi kenduri ko Yah! dah sekian lama tak merasa. Yang bertanjak tu...suami Yah ler tu....Asal dari Kelantan (Jeli), nama Azhar(nama panggilan) nama sebenar dia aku lupa laa...jauh skit bunyi dia dari nama manja dia tu... umur 24tahun, keje sendiri (mekanik).
Sebelah dia tu Yah, Umur 23tahun, asal Terengganu, Keje sendiri juger...(Tailor).
Buat masa sekarang ni...dia org berdua tinggal berasingan (jauh²). Hari minggu si Azhar balik ler Trg umah Uncle aku, jumpa wife dia. Tak per laaa...asalkan korang bahagia camna camna pun.

Saturday, September 8, 2007

Melapah lembu



Malam 22 Ogos yang lalu, jiran² berdekatan sedang melapah daging lembu utk majlis kenduri kawin cousin aku keesokan harinya. Uncle baju merah berkpiah biru tu...uncle aku (ayah Cik). aku ambik gambar ni secara candid semua org tak perasan, tak der flash. Takut jugak aku....mana laa tahu ada yang melatah pulak nanti...terkejut kat flash camera...dikatanya kilat kilat...aaaaahhh sudah laa aku...mahu melatah potong daging org kan nanti..tak ke parah aku....beringat sebelum berlalu jer...

First night


setibanya kami diMesia....ni ler penyambut kami dr. airport (tu yang baju hitam legam tuu)
dibawanya kami makan malam kat restoran ikan bakar (Yankies Yut, kat Bandar Baru Bangi). Banyak betul lauk pauk yang bebudak ni order.
Timer kasih bebanyak sudi menjemput kami pulang dan makan.

sedap wooooooooooooooo..makan ikan bakar gitu, Aku pemerhati jer.telan air liur jerksss (tak boleh makan, Haziq gatal²) cian kat aku kan! cian jugak kat bebudak ni order bukan main lagi banyak....kononnya nak suruh aku yang habiskan..last last meja sendiri yang makan kah kah kah

meh aku kenalkan geng² nakal kat atas tu...dari kiri Bakal tunang si Izni(mamat baju hitam depan tuu), Rafidah, Aspura, Rinie, Haziq, Eida, Durra & Rizal. Ni semua kekawan lama kami masa kerja kat Mesia dulu...... Sorry gambar tak berapa terang.

Balik kampung

Sorry ler kekawan....dah lama tak menjengah diri kat sini....

kita balik kampung tau! syok.....best....lepas rindu oooo....
apabila ada masa terluang nanti...Eida update gambo² dr. kampung ekss...

Eida nak g tidooo dulu.......byeeeeeeeeeeeeeee fren