Thursday, July 31, 2008

Suasana baru


Aku selamat tiba diMalaysia pada 10 Julai yang lepas, dan inilah kawasan tempat tinggal aku yang baru.

Abang dah start kerjayanya, aku dengan kerjaya akulah. Haziq nampaknya masih belum dapat menyesuaikan diri lagi dengan suasana yang baru. Tak lalu makan, asyik minum jer kerjanya. Nasib baik dia tak demam.

Rumah baru ni...dapur kiranya dah berasap dah.

Perasaan hati ni....kegembiraan yang tak dapat digambarkan dengar kata2 lagi dah.....tambah2 bab makan. Sebut jer nak makan apa....hulur jer duit, pasti dapat punya. Al-maklum ler...orang dah lama tak jumpa makanan. Kat sana pun ada jugak makanan..mana nak sama ngan makanan kita kan!

Sebelah kawasan perumahan aku ni....ada sebuah rumah kawan lama semasa kat sana dulu tu....Pok Nan & Mek Ta. Dia ada jugak datang umah aku ni...kadang2 tepon jer....ada ler teman berperang aku kat sini. Gambar dia....lain aku tempekkan kat sini Ok. Hari ni tak jumpa cari USB wire nak download gambar.

mmmmmm....aku nak ucapkan berbanyak2 terima kasih kepada kawan2 aku yang banyak menolong aku masa nak balik hari tu.....Jasa korang semua menjadi kenangan seumur hidup aku. Jika korang balik sini nanti....jangan lupa beritahu aku dan singgah umah aku tau! nak bermalam kat sini pun boleh, tak jadi masalah punya.

ok ler untuk hari ni....rumah aku masih berselerak lagi ni...nak cari barang pun tak jumpa.

1 comments:

Mak Su said...

oh... dah settle down ler? kat bangi ker tu?