Tuesday, August 19, 2008

Pepagi Isnin dalam kol 2.30 pagi, aku baru jer tiba dari KT. Balik sana tengok bapa saudara tersayang masuk spital sebabnya terpotong kaki sendiri menggunakan mesin pemotong rumput utk potong kayu. Mata asyik bersembang dengan kawannya, tangan pulaks bekerja potong kayu...terpotong kaki sendiri. Nasib skit jer...skit2 pun terputus jugak urat kaki, lukanya antara jari2 kaki dengan buku lali tu...dalam jugak terkena tulang.

Semalam dah beransur sembuh dah, urat pun dah sambung kembali. Syukur Uncle ku selamat.

Minggu lepas balik kampung jugak, Tapi ke kampung abang jemput mak & ayah ke KL ni....Ayah sakit Diabetes. Sekali tengok dah terlalu uzur dah, nak jalan pun dah tak larat dah. Makan pun skit jer. Dia selalu mengadu sakit kaki, berdenyut jer kaki dia tu...berjalan pun macam tak terasa lantai dah.

Pembuangan pun tak lancar jugak. Heran dia kemana pergi yang dia makan2 tu tak kuar2....Mak & ayah tinggal kat umah kakak dekat2 sini jugak, kami g ambik jer dari kampung hari tu...Disana lagi selesa berbanding rumah aku ni..

ada tilam, tapi tak ada katil. Bantal ada tapi dah lapuk. Bilik air dekat ler. Apa-apa pun aku nak ajak jugak mak & ayah bermalam disini nanti. Bermalam dirumah baru kata orang.....Tak gitu ke?

aku ngan kanda aku ni pulaks ...sakit belakang, lenguh2 satu badan. Penat badan ler kot. Apa tak penatnya...sebulan sebelum kami balik Mesia hari tu lagi...tak sempat nak berehat sehingga ler sekarang belum berpeluang nak berehat sungguh-sungguh. Sekadar dapat tidur malam jer.

DUGAAANNNNNNN
Sorry ler aku tak dapat nak tempek gambar kat sini....cable lom jumpa lagi...ntah mana letaknya tak tau.