Saturday, January 19, 2008

Fixi foto


Gambar ni...aku dah potong separuh. Hak cipta kedai Fixi foto...takut gaks kedai saman karang...walaupun gambar tu aku punya sekarang.
Promosi studio foto oleh Fixi foto. Kami dapat kupon diskaun NZD5.00. Ceritanya promosinya gini......kita datang studio dia & krew studio akan tangkap gambar kita sebanyak 9 set (macam2 gaya ler tu.....dia org ajar nak posing lagu mana)

Dalam masa 2 minggu baru siap gambar tu. Harganya? nanti dulu.............

free 1 gambar (portait) size : 10" x 13". Yang lain2 tu...NZD65.00 sekeping. Kalau sets of wallets lakssss NZD70.00.
mmmmmmm mahal tu..........kurang termampu rasa nak membayarnya. Ni jer 2 keping kami ambik, gambar family tu yang FREE punya. Gambar Haziq.........boleh ler utk kenangan dia 1 YEAR. tu ler citernya...gambar mahal.

Thursday, January 17, 2008

Kebun ku.....


ni pokok cili ku...aku tanam dr. tahun lepas lagi...tahun ni baru sebesar ni.... & berbuah banyak berbanding tahun lepas.

ni pulak pokok bunga roses aku. Musim panas ni...tak pernah hilang seri umah aku ngan seri roses ni...berbunga jer dia. Aku tanam kat dalam pasu jer...letak tepi dinding, depan umah.

DWAFF TOMATO ------>buah banyak kat celah-celah daun. sekali tengok rupa buahnya cam tomato cerry. Niat asal aku memang nak tanam tomato cerry tu..gi cari kat kedai tak der pulaks anak pokok tomato tu waktu tu....Frust skit laaa....tomato jenis pun ok jugak laaa..

Tomato lagi...ni jenis besar laks. aku tanam kat depan car park jer. Tengah2 car park antara aku punya ngan jiran aku punya. Sebelah kanan tu....kete aku, kiri laks kete jiran aku (uncle tua, tapi segak woooo.....kiwi.) Pokoknya dalam kawasan aku...daun dan buah2nya kat dalam area uncle tu...camna nak kira tu...aku masih mengaku aku punya lagi....tomato ni masak nanti...aku sedekah ler kat uncle tu 2,3 tangkai.

Tomato yg aku tanam kat car park tu...lom masak lagi. Buah banyak jugak, tapi menyorok malu celah daun.

Wednesday, January 16, 2008

Birthday Boy

Haziq dah 1 tahun 14 Jan hari tu...
Party ni kami joining dengan
Arif & Nor parent kepada Fatini.
Fatini 3 tahun pada 10 jan yang
lalu. Tempat party kat rumah Arif.

pasal tak kat rumah kami?

rumah kami unit...tak muat
reramai...he he he

<----Fatini dengan Hadiah dia




<----- Haziq tengah potong kek besday dia

















<-----Haziq pulaks dengan

hadiah dia


















<----- Hello

















<----Haziq dengan belon <---- Terima kasih semua daripada Haziq