Monday, December 24, 2012

Nilai Persahabatan

Tidak ramai yang berani menilaikan sahabat yang sebenarnya. Sahabat yang baik adalah sahabat yang sudi menasihatkan kita dengan baik, mengajak kita kebaikan, yang berkongsi kasih sayang dengan keikhlasan dan JUJUR ini paling penting. Besarnya persahabatan itu, dikala susah, menangis bersama dan merasa duka bersama, Dalam kegembiraan, dia sudi mendengar kegembiraannya dan selalu mendoakan sahabatnya bertambah kebahagiaan.
Yang mana sahabat yang boleh buat kawan. Jika kawan, menimbulkan sifat negatif seperti menikam dari belakang, cakap belakang tentang keburukan kita, dalam baik menjahanamkan kita, menghasut kita buat kejahatan, memutuskan silaturahim. sengaja buat jujur dan ikhlas padahal hanya lakonan disebaliknya cuba menghancurkan.Buat apa kawan ngan orang gini.
Carilah kawan yang mengajar kita sentiasa muhasabah diri dan merendah diri. Biar wajah tak cantik, asalkan jelita.. asal hati baik. Kecantikan jiwa itulah yang harus kita miliki, tidak melagakan diri.... siapa cantik siapa hodoh. Dimata Allah semua cantik, yang tak cantik tu jika akhlaknya buruk. Astaghfiruallah. Carilah sahabat yang sejuk mata memandang. Senantiasa tersenyum. Lupakan masalah, lupakan stress... jumpa sahabat kita.. kita lebarkan senyuman kalau boleh dengan senda gurau. selepas itu ingin bercerita tentang stress atau masalah...
TETAPI.... Jangan kita saja asyik suruh dia mendengar.. Kita pun harus mendengar juga. Maksudnya kita memberi dan kita juga harus menerima. Jangan bertepuk sebelah tangan. Bila kasih sayang itu bertukar dengan cinta.. (ini untuk sesiapa yang terpikat pada sahabatan lawan jenis). Pastikan Dia lebih sayang kita dari apa yang kita sayang. Jangan berharap cinta dibalas nanti kecewa. Jujurlah padanya yang anda cintakan dia, bincang cara baik dan mentaliti harus bersedia. Kalau cinta anda ditolak, anda tidak merana dibelakang hari. Bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan.

Jangan merampas hakmilik orang lain dan berlaga laga (competition) seperti Best Man/Women win. Berdosa besar!! BERSIH, AMANAH, JUJUR DAN BIJAKSANA. Bersih dari segi hati dan jiwanya, tiada hasad dengki dan iri hati. Amanah.. sentiasa pegang pada apa yang diamanahkan... Jujur...

JANGAN BOHONG!! sekali bohong tidak ada sesiapa yang akan percayakan kita. Bijaksana... Bijaksana dalam pemikirannya, bersikap terbuka dan terus terang tidak ada sembunyi sembunyi dan tidak ada rahsia rahsia kecuali apa yang harus dirahsiakan seperti hal rumahtangga, hubungan suami isteri kalau boleh jangan cerita rahsia rumahtangga dengan orang lain terlalu banyak bisa datang kemudaratan kecuali jika minta nasihat dan pandangan.cari sahabat yang boleh terima apa seadanya kita. Jauhi sikap sikap sombong dan riak.

Jangan ambil kesempatan dari kebaikan orang lain. Belajar dari kesilapan dan membaiki dari masa ke semasa. Jangan sampai memutuskan silaturahim ... eratkan silaturahim sesama kita.. seperti hadis dari Rasulullaah s.a.w kata abu hurairah r.a " saya mendengar Rasulullaah s.a.w bersabda " siapa yang ingin rezekinya diperbanyakan dan umurnya dipanjangkan, hendaklah ia menghubungkan tali silaturahim.

Hasil tulisan seorang blogger...

*** Bagi aku, sepanjang hidup ni..x pernah lagi jumpa seorang insan yang bernama sahabat. Membuatkan aku lebih berhati-hati dalam memilih kawan DAN kawan yang selalu aku jumpa bukan nya kawan. Buat Kawan yang membaca entry ku....luahan ini bukan untuk mu sebenarnya.

Situasi ini berlaku setiap hari di tempat kerja ku. Aku pelik kenapa terjadi kepada orang melayu? Kaum aku? Kaum lain aku memang tak hairan. Buruknya perangai orang melayu ni....Tidak boleh tengok kawan lebih maju mulalah sakit hati tak tentu pasal. Waktu ko susah, bukan main lagi mintak tolong, mengekor, merayu dan semua lah....Aku tunggu hari aku pulaks. Aku bukan nak berdendam, tapi peringatan kepada diri aku sendiri. Mungkin aku juga perlu bermuka-muka juga. Belajar untuk menjadi lebih matang.

Yaaa Allah aku bermohon kepada mu...jumpakan lah aku dengan seorang sahabat yang aku inginkan.

Thursday, August 16, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Selamat Hari Raya Aidilfitri 
Dari Ku 
Tahun 2012

sesi bergambar raya 2012 di office. masing-masing gedik bergaya semuanya.
 

 

 tengok apa tu...

 lekss lu...tak ready lagi ni

 sesi bergarbar depan wall utama pejabat PM

  
 


 siapa besar...siapa slim?%$@&&$^


lastly…jemput ler ke rumah jika berkelapangan. Jangan lupa bagi warning dulu yer.