Tuesday, August 18, 2015

DOOR LATCH COVER


DIY Door Latch Cover | I saw this on a teacher's door when I was subbing and thought it was such a good idea!
Mari kita sama-sama menghias sambil menjahit door latch cover bagi mengelakkan bayi terjaga apabila terdengar bunyi pintu. Ia juga sesuai sebagai hadiah baby shower. Ia dilihat seperti idea yang tidak seberapa, namun ia dapat membantu tanpa disangka serta berpeluang menghias tombol pintu dan menambahkan kunci keselamatan bagi anak-anak kecil. 

Ada diantara bayi yang begitu sensitif dengan bunyi, menyebabkan ibu bapa tidak dapat bergerak ke mana. Lebih teruk lagi, ada ibu bapa yang tidak tidur berhari-hari kerana bayi mereka begitu peka dengan alam sekelilingnya. Malahan bunyi seperti pintu tertutup, bunyi orang berjalan dan sebagainya dapat didengarinya walaupun ketika tidur. Keadaan ini merisaukan serta merumitkan keadaan. Dengan adanya door latch cover ini, ia dapat membantu ibu bapa diluar sana menutup pintu tanpa membuatkan bayi terjaga dari tidur serta dapat mengelak pintu terkunci secara automatik terutama sekali apabila terdapat kanak-kanak kecil yang suka bermain dengan tombol pintu. 

Hanya dengan getah kenyal yang dijahit pada kain serta disangkut pada tombol pintu sahaja, ia dapat mengembalikan ketenangan ketika menutup pintu dengan senyap dan perlahan. Dengan adanya door latch cover ini, ia dapat membantu kanak-kanak daripada menguncikan diri di dalam bilik serta dapat mengurangkan bunyi yang boleh mengganggu bayi tidur dengan lena. 




Tutorial bergambar menjahit door Latch Cover :

selamat mencuba 


No comments: