Bantal Karipap - copy dari http://auladcolors.blogspot.com/2013/02/tutorial.html
Peralatan yang diperlukan:
1. fabrik utama untuk bantal
2. fabrik untuk ropol
2. loose fibre
3. span
4. benang
Cara :-
1. Lukis pola ukuran bantal karipap. Saya menggunakan ukuran 12" x 8". Gunting pola ini mengikut ukuran tadi.
2. Letakkan pola di atas fabrik yang dilipat dua.
3. Pinkan pola + fabrik
4. Tandakan basi 1/2". Gunting fabrik.
5. Untuk ropol, ukur dari hujung sisi ke sisi yang lagi satu dan tambahkan lagi separuh daripada jumlah tadi. Contoh : 22" + (22" bahagi 2) = 22" + 11" = 33". kalau suka kedutannya rapat, boleh lebihkan ukuran.
6. Potong fabrik untuk renda : 33" x 3"
7. Lipat halus pada hujung fabrik b dan jahit hingga ke hujung fabrik
8. Pada bahagian a, gunakan jarak jahitan yang paling besar pada mesin dan jahit hingga hujung kain. Dengan jarak 1/4" dari jahitan tadi, jahit lagi hingga ke hujung fabrik.
9. Perlahan lahan tarikkan benang di hujung fabrik dan tarik perlahan lahan agar membentuk kedut. Seragamkan jarak kedutan.
10. Hasilnya atau panjang kedutan ini mestilah fit atau sama dengan ukuran untuk bantal tadi.
11. Pin dan jahitkan ropol ini kepada separuh daripada fabrik utama/fabrik bantal dengan basi 1/2". (Pastikan right side bertemu dengan right side)
12. Lipat 2 fabrik utama. (Pastikan ropol berada di tengah tengah)
13. Saya tandakan 5" pada bahagian atas. (Ini bertujuan untuk terbalikkan fabrik)
14. Jahit keliling dan tinggalkan 5" lubang yang telah ditandakan tadi.
15. Terbalikkan fabrik
16. Tandakan bulatan pada tengah fabrik.
17. Potong span besar sedikit daripada bulatan yang dilukis tadi. (lebih kurang 1/4")
18. Masukkan span ini dan kenakan pada lukisan bulatan tadi. Perbetulkan kedudukannya agar berada di tengah tengah
19. Jahitkan keliling bulatan ini.
20. Seterusnya, masukkan loose fibre
21. Akhir sekali, boleh jahit mesin untuk tutup bukaan ataupun jahit sembat.
No comments:
Post a Comment