Sunday, August 16, 2015

MENGHILANGKAN KERAK SUSU DENGAN BERKESAN


Apabila terpandang botol susu anak, pastinya geli dan runsing memikirkan bagaimana cara untuk memastikan puting botol susu sentiasa bersih dari kerak susu. Saya perasan kerak susu ini sangat mudah melekat pada puting terutama dibiarkan 2,3 jam tidak dibasuh terutama terbiar di waktu malam. 

Setiap hari, kerjanya menyental kerak tersebut. pelbagai petua telah dicuba seperti merendam dengan air garambersama cuka makan rendam air panas. Hasilnya memberangsangkan walaupun kerak masih bersisa. Harga puting bukannya murah, jika hendak digantikan 3 minggu sekali lebih-lebih lagi puting jenama mahal seperti Tommei Tippee dan Avent. 


Adakah kawan-kawan mempunyai petua atau produk yang boleh membantu menyelesaikan masalah ini dengan lebih berkesan...sila abadikan comment saudara di blog ini. Terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu.

No comments: