Wednesday, August 26, 2015

TUTORIAL BANTAL KARIPAP

Bantal Karipap - copy dari http://auladcolors.blogspot.com/2013/02/tutorial.html


Peralatan yang diperlukan:
1. fabrik utama untuk bantal
2. fabrik untuk ropol
2. loose fibre
3. span
4. benang


Cara :-

1. Lukis pola ukuran bantal karipap.  Saya menggunakan ukuran 12" x 8". Gunting pola ini mengikut ukuran tadi.
2.  Letakkan pola di atas fabrik yang dilipat dua.


3. Pinkan pola + fabrik
4. Tandakan basi 1/2".  Gunting fabrik.
5. Untuk ropol, ukur dari hujung sisi ke sisi yang lagi satu dan tambahkan lagi separuh daripada jumlah tadi. Contoh : 22" + (22" bahagi 2) = 22" + 11" = 33".  kalau suka kedutannya rapat, boleh lebihkan ukuran. 
6. Potong fabrik untuk renda : 33" x 3"

 7. Lipat halus pada hujung fabrik b dan jahit hingga ke hujung fabrik


8.  Pada bahagian a, gunakan jarak jahitan yang paling besar pada mesin dan jahit hingga hujung kain.  Dengan jarak 1/4" dari jahitan tadi, jahit lagi hingga ke hujung fabrik.
9. Perlahan lahan tarikkan benang di hujung fabrik dan tarik perlahan lahan agar membentuk kedut.  Seragamkan jarak kedutan.
10.  Hasilnya atau panjang kedutan ini mestilah fit atau sama dengan ukuran untuk bantal tadi.


11. Pin dan jahitkan ropol ini kepada separuh daripada fabrik utama/fabrik bantal dengan basi 1/2". (Pastikan right side bertemu dengan right side)
12. Lipat 2 fabrik utama. (Pastikan ropol berada di tengah tengah)
13. Saya tandakan 5" pada bahagian atas. (Ini bertujuan untuk terbalikkan fabrik)

14. Jahit keliling dan tinggalkan 5" lubang yang telah ditandakan tadi.
15. Terbalikkan fabrik
16. Tandakan bulatan pada tengah fabrik.  


17. Potong span besar sedikit daripada bulatan yang dilukis tadi. (lebih kurang 1/4")
18. Masukkan span ini dan kenakan pada lukisan bulatan tadi. Perbetulkan kedudukannya agar berada di tengah tengah
19. Jahitkan keliling bulatan ini.
20.  Seterusnya, masukkan loose fibre
21. Akhir sekali, boleh jahit mesin untuk tutup bukaan ataupun jahit sembat.

Tuesday, August 25, 2015

KELEBIHAN TUDUNG CIARA MADISON

MS CIARA GINGER PINK
Sekarang ini trend bertudung paling digemari adalah tudung instant kan. Antara jenis tudung yang glamour mengeluarkan tudung instant adalah sugarscaft. Top ten latest design dari sugarscaft iaitu ciara madison yang didatangkan dengan 5 jenis warna yang berlainan iaitu : 
  1. MS Ciara Ginger Pink
  2. MS Ciara Lantana Torqouise 
  3. MS Ciara Mustang Meteorite
  4. MS Ciara Lilac Aprocot
  5. MS Ciara Golden Haze
Kelebihan menggunakan tudung instant ini ianya sangat sesuai dipakai pada bila-bila masa dan ketika... Hanya dengan 3 saat diperlukan untuk menyarungkan tudung, betulkan soft awning dan kemudian adjust labuh tudungnya!. Begitu cepat kan! sebab itu tudung instant menjadi pilihan dan trend musim sekarang ini. 

Nak pergi masjid? Nak ke pasar? Nak pergi rumah jiran? atau secara tiba-tiba ade tetamu yg datang ke rumah? Nak melakukan aktiviti santai pada hujung minggu? Atau nak pergi bercuti santai ataupun mahu melakukan aktiviti lasak? Mudah sahaja.. hanya dalam masa 3 saat sudah siap sedia untuk melakukan apa jua aktiviti dengan tudung instant sarung sugarscaft ini!

Keistimewaan dan kelebihan tudung instant dari Sugarscaft :-

- Tidak perlu digosok
- Warna yang didatangkan begitu menarik
- Material jenis high quality cotton lycra (tidak melekap, sejuk dan lembut)
- potonganya labuh menutupi dada
- membuatkan bentuk muka kelihatan lebih bujur

Jom layan gambar koleksi tudung Ms Ciara

MS CIARA GINGER PINK MS Ciara Ginger Pink, RM79

MS CIARA LANTANA TURQUOISEMS Ciara Lantana Torqouise, RM79

MS CIARA MUSTANG METEORITEMS Ciara Mustang Meteorite, RM79

MS CIARA LILAC APRICOTMS Ciara Lilac Apricot,RM79

MS CIARA GOLDEN HAZEMS Ciara Golden Haze, RM79

*** Untuk makluman, saya tidak menjual tudung ini....Saya hanya menyediakan maklumat untuk memilih tudung sahaja. Koleksi tudung ini boleh didapati di http://sugarscarf.com/...beli secara online pun boleh. 



Friday, August 21, 2015

DOLLYS PINKY SKINCARE


DOLLYS PINKY merupakan set penjagaan kulit wajah mampu milik untuk semua jenis kulit wanita asia. Diformulasi menggunakan Alpha Arbutin sebagai agen pencerahan yang memberikan tona kulit yang lebih cerah dan sekata. DOLLYS PINKY juga mengandungi extract hazel yang mampu membantu menutup pori-pori kulit serta kompleks copper peptide yang berfungsi meningkatkan produksi kolagen dalam kulit sebagai anti penuaan.Kandungan lain yang turut digunakan berasaskan tumbuhan semulajadi seperti ektraks mentimun, kunyit dan dalam rangkaian DOLLYS PINKY untuk membantu merawat kulit wajah dan sesuai untuk semua jenis kulit. Set penjagaan kulit wajah terbaik yang mampu mengatasi masalah biasa kaum wanita asia iaitu jerawat, jeragat liang roma terbuka serta mampu mencerahkan serta mengembalikan semula keremajaan kulit.Tanpa penggelusapan dan memedihkan kulit wajah.

Kandungan Set
  1. brighten cleanser 30ml
  2. day Cream 30ml
  3. night Cream 30ml
Harga : RM62 termasuk kos pengeposan


KEBAIKAN DOLLYS PINKY
Membantu merawat masalah jerawat
Membantu memudarkan kesan jeragat
Mencerahkan kulit secarat tidak langsung
Menghaluskan kulit
Mengecilkan pori terbuka
Mengurangkan garis-garis halus
Merawat tona kulit tidak sekata
Melembapkan kulit wajah
Membantu mengawal pertumbuhan jeragat
Menghilangkan patur-parut jerawat
Menghilangkan black dan white head
Merawat kulit kusam
Menggebukan kulit wajah
Mengurangkan lingkaran lebam bawah mata
Memberikan perlindungan UV pada kulit

Sesuai untuk semua jenis kulit

NIGHT CREAM DOLLYSPINKY 
Diekstrak dari bahan tanaman semulajadi iaitu Kunyit / Curcuma Longa. Kunyit mengandungi senyawa yang berkhasiat & merawat, yang disebut kurkuminoid yang terdiri dari kurkumin, desmetoksikumin dan bisdesmetoksikurkumin dan zat- zat lain yang bermanfaat.Night Cream Dollys Pinky adalah krim kecantikan yang digunakan sewaktu hendak tidur.

FUNGSI NIGHT CREAM :
✔Mengecutkan jerawat & membantutkan pertumbuhan jerawat
✔Menganjalkan kulit wajah
✔Mengurangkan pigmentasi/jeragat
✔Melicinkan kulit wajah
✔Mencerahkan kulit wajah & kulit kelihatan lebih "pinkish/ rossy cheek")
✔Mengurangkan kesan parut jerawat
✔Menghilangkan bintik hitam/black & white head
✔Membantu memulihkan kulit kusam
✔Mengawal pertumbuhan jeragat pada kulit wajah
✔Kulit kelihatan satu tona lebih cerah


TESTIMONI


Wednesday, August 19, 2015

DIA HANYA BENDERA !!!




BENDERA negara bukanlah sekadar secebis kain namun ia sebagai pengenalan atau identiti kepada negara, namun bendera bagi negara adalah amat berharga serta bernilai tinggi. Nilai sehelai atau sekeping bendera bagi negara sama seperti harta pusaka yang tidak dapat dijual beli atau ditukar ganti. Ini kerana bendera merupakan pengenalan bagi negara yang mana ia menggambarkan kemegahan, maruah, kebebasan, kemerdekaan dan sebagai identiti negara di mata dunia.

Begitulah halnya bendera dalam sesebuah peperangan umpamanya merupakan satu tanda yang paling bermakna yang mana kemenangan dan maruah negara bergantung pada bendera yang dipegang atau dipertahankan oleh tenteranya. Gugur dan jatuhnya bendera bermakna gugurlah kemegahan, maruah, kebebasan, kemerdekaan dan identiti negara. Itulah antara nilai dan harga bendera jika berada di medan peperangan.

Negara kita mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, manakala penubuhan Malaysia pula ialah pada 16 September 1963. Ini bermakna pada tahun ini kita akan menyambut hari kemerdekaan negara yang ke-58.

Dalam sama-sama memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan negara kita, maka semua rakyat dan penduduk di negara ini diseru untuk sama-sama menaikkan bendera negara berkibar megah di angkasa bumi Malaysia yang kita cintai ini. Hormatilah bendera negara atau kebangsaan kita dengan sebaiknya kerana bendera Negara kita iaitu Malaysia adalah tanda maruah dan identiti kita sebagai rakyat dan penduduk di negara yang kita kasihi ini. Jangan biarkan bendera negara jatuh ke bumi, apatah lagi membiarkannya kotor dan tidak dipeduli, hormati dan jagalah bendera negara seperti menjaga diri kita sendiri.

Kibarkanlah bendera kebangsaan di rumah kita, bangunan-bangunan atau premis-premis kerajaan mahupun swasta di seluruh negara dalam sama-sama mempamerkan rasa syukur, semangat cintakan negara, kasihkan bangsa, tanah air tumpah darah kita, semangat patriotisme dan nasionalisme dalam kalangan masyarakat Malaysia amnya dan rasa bangga kita sebagai sebahagian dari Negara Malaysia yang permai ini juga.

Hormati dan kibarkanlah bendera kebangsaan kita dengan megahnya, kerana bendera kebangsaan kita adalah identiti dan maruah kita jua, gugur dan jatuh bendera negara seperti menjatuhkan maruah kita sama, maka jangan dibiar bendera negara kita diabai begitu sahaja, hormati serta naik dan kibarkanlah bendera kita dengan gahnya, sebagai tanda syukur, bukan mudah prajurit berjuang untuk memperoleh kemerdekaan bagi anak bangsanya, pelbagai liku telah diharungi dan dilaluinya, hingga mampu menghirup udara kemerdekaannya, panjatkanlah doa kepada setiap yang telah dicapainya, hingga kini tetap harmoni, bahagia, sejahtera, sentosa dan merdeka.

Salam Merdeka. 

PENTINGNYA PENGESANAN AWAL TAHAP AUTISM

Image result for sign autism



Ramai diantara ibu bapa yang tidak mengetahui simptom autism, mereka menganggap itu adalah anak nakal, degil...tapi hakikatnya mereka perlukan terapi sebagai rawatan. Rawatan sangat membantu untuk hidup dengan lebih baik. Simptom autism bergantung kepada tahap keadaan autisme mungkin mereka mengalami kesukaran dalam berkomunikasi, perilaku, kemampuan sosial, pengetahuan atau pembelajaran. 

Malah ada diantaranya yang agresif seperti melepaskan kemarahan tanpa sebarang sebab di tempat awam, kesukaran berhadapan dengan warna dan bunyi yang mungkin tidak menjadi masalah kepada kanak-kanak lain. Rawatan sangat perlu kerana, jumlah pakar bagi kanak-kanak autisme di negara ini tidak ramai serta kesukaran untuk mendapat khidmat nasihat serta bayaran khidmatnya juga mahal. Bagaimanapun, ini tidak bermakna anak autisme tidak boleh dibantu untuk hidup seperti individu sihat yang lain. Ini kerana autisme tidak melibatkan kecacatan fizikal dan mereka boleh dibantu mengurus diri jika dikenalpasti dari awal.

Simptom biasa Autism :

1. Tiada babbling 
Tiada babbling adalah satu pembangunan bahasa yang penting dalam pembelajaran bahasa. Kebanyakan kanak-kanak akan babbling oleh masa yang mereka berusia setahun. Jika anak anda tidak babbling pada masa ini, ia adalah penting untuk berbincang dengan doktor anda mengenai pembangunan kanak-kanak normal. Satu lagi tanda amaran autisme adalah anak anda tidak menggunakan kata-kata. Dengan 16 bulan, kebanyakan kanak-kanak akan dapat sepatah dua kata. Apabila anak anda telah mencapai ulang tahun kedua mereka, mereka akan dapat untuk meletakkan dua perkataan bersama-sama dengan makna, seperti "Mama up" atau "mahu susu". Kehilangan bahasa ini adalah simptom yang paling jelas.

2. Lack of emotion / Tiada perasaan
Tiada perasaan adalah satu keadaan yang boleh menjejaskan cara berkomunikasi untuk berhubung dengan orang lain. Oleh itu, salah satu daripada tanda-tanda amaran gangguan spektrum autisme adalah emosi. Ini termasuk tidak tersenyum atau ketawa pada usia 6 bulan. Satu lagi tanda amaran autisme adalah anak anda bukan mencerminkan emosi oleh 9 bulan. Ini bermakna tiada senyuman atau ketawa sebagai tindak balas.

3. Tiada gerak isyarat
Bagi kanak-kanak kecil, keupayaan bahasa mereka adalah terhad, bahasa isyarat adalah satu cara penting dalam berkomunikasi mereka. Pada masa anak berusia setahun, dia dapat melibatkan diri dalam beberapa gerak isyarat seperti menunjuk, melambai atau mencapai serta akan melihat apabila kita menunjukkan objek kepadanya pada usia 1 tahun.

4. Anti sosial
Seperti yang dinyatakan, autisme adalah suatu keadaan yang mempengaruhi kemahiran sosial. Oleh itu, tanda amaran autism adalah kurang penglibatan dalam sosial. Mereka juga kurang eye contact atau bertembung mata. Satu lagi tanda amaran iaitu tidak menyukai dipeluk atau dibelai.

Menurut National Autism Society of Malaysia (NASOM), memang agak sukar mengendalikan anak autism. Tetapi ibu bapa tidak boleh berputus asa kerana intervensi awal dapat membantu anak-anak ini seperti bawa anak ke hospital bagi mendapatkan diagnosis awal tahap autisme. Mereka boleh dibantu menerusi rawatan terapi yang dijalankan oleh pakar. Selain rawatan terapi, ibu bapa dan persekitaran yang positif turut membantu merubah tingkahlaku mereka.


Free Tutorial Babynest

Dengan adanya Babynest ini, bayi akan tidur dengan lena kerana babynest ini sangat lembut, selesa dan sempit seperti berada di dalam rahim ibu. Pada waktu malam, ia boleh diletakkan diatas katil tidur bersama ibu bapa tanpa terganggu. Babynest juga sesuai di guna dirumah, diletakkan dalam stroller kerana ia tidak begitu besar dan sangat selesa untuk bayi. Umur yang sesuai menggunakan baby nest ini adalah dari bayi yang baru lahir sehingga 4-6 bulan. Ia juga seperti mengajar bayi tidur berdikari di tempat tidurnya sendiri. 

Babynest
terima kasih 
https://babynest.se meminjam gambar yang comel ini.


Saya telah cuba menjahit dengan jaya dan terima kasih kepada saudara kerana ada niat untuk mencubanya juga.

Tuesday, August 18, 2015

DOOR LATCH COVER


DIY Door Latch Cover | I saw this on a teacher's door when I was subbing and thought it was such a good idea!
Mari kita sama-sama menghias sambil menjahit door latch cover bagi mengelakkan bayi terjaga apabila terdengar bunyi pintu. Ia juga sesuai sebagai hadiah baby shower. Ia dilihat seperti idea yang tidak seberapa, namun ia dapat membantu tanpa disangka serta berpeluang menghias tombol pintu dan menambahkan kunci keselamatan bagi anak-anak kecil. 

Ada diantara bayi yang begitu sensitif dengan bunyi, menyebabkan ibu bapa tidak dapat bergerak ke mana. Lebih teruk lagi, ada ibu bapa yang tidak tidur berhari-hari kerana bayi mereka begitu peka dengan alam sekelilingnya. Malahan bunyi seperti pintu tertutup, bunyi orang berjalan dan sebagainya dapat didengarinya walaupun ketika tidur. Keadaan ini merisaukan serta merumitkan keadaan. Dengan adanya door latch cover ini, ia dapat membantu ibu bapa diluar sana menutup pintu tanpa membuatkan bayi terjaga dari tidur serta dapat mengelak pintu terkunci secara automatik terutama sekali apabila terdapat kanak-kanak kecil yang suka bermain dengan tombol pintu. 

Hanya dengan getah kenyal yang dijahit pada kain serta disangkut pada tombol pintu sahaja, ia dapat mengembalikan ketenangan ketika menutup pintu dengan senyap dan perlahan. Dengan adanya door latch cover ini, ia dapat membantu kanak-kanak daripada menguncikan diri di dalam bilik serta dapat mengurangkan bunyi yang boleh mengganggu bayi tidur dengan lena. 




Tutorial bergambar menjahit door Latch Cover :

selamat mencuba 


Monday, August 17, 2015

PALLAZO



Tutorial formula merajah pola seluar palazzo
Nota: untuk jenis kain yg tidak memeri/stretchable anda perlu tambah kelonggaran pinggang serta punggung.
---------------------------------------------------
P/S : Sila SHARE untuk kegunaan bersama.
https://www.facebook.com/groups/awie.manik/

Menjahit baby bedding sendiri


Saya selalu tercari-cari baby bedding/quilt/comforter yang murah untuk baby. Kebanyakan yang ada di pasaran agak mahal kerana kebanyakan penjahit mengkaji keperluan lain seperti untuk membayar kos pekerja. Saya terpesona dengan iklan-iklan set baby bedding, tetapi saya hanya perlukan baby bedding yang simple untuk keperluan harian (alas tidur baby), harga yang berpatutan, kain berkualiti, kemas dan sederhana cantik. Kalau corak dan harga, rasa sayang pulak hendak digunakan setiap hari.

Tips untuk membeli baby bedding :
  1. Harga yang berpatutan dengan jahitan yang kemas.
  2. Material yang paling sesuai dengan baby adalah 100% cotton
  3. Corak yang simple
  4. Mudah dibawa ke mana-mana, boleh dilipat.
  5. Boleh dibasuh serta tahan lasak, walaupun telah beberapa kali dibasuh menggunakan mesin basuh namun masih elok. Sebenarnya basuh tangan (handwash) lebih baik.
  6. Baby bedding boleh dijadikan alas serbaguna. Selain dijadikan alas tidur baby sewaktu dirumah, dalam kereta, boleh digunakan juga untuk mengalas baby ketika dalam baby cot, boleh jugak digunakan untuk mengalas baby sewaktu meniarap. Jika berkunjung ke mana-mana pun, ia mudah untuk dibawa kerana saiznya yang sesuai, ringan, nipis tapi selesa. Namun demikian, kerana minat, hobby dan dengan kemahiran yang ada, saya menjahitnya sendiri. Masalah selesai serta memenuhi citarasa sendiri. 
Disini, saya ingin berkongsi bagaimana untuk menjahit baby bedding dengan teknik yang paling mudah serta jika ada yang ingin menempah baby bedding dengan saya, jangan segan jangan malu...tinggalkan comment atau pm saya di facebook (Heida Collections). Saiz comforter yang saya tawarkan adalah 38" x 27" serta percuma sebiji bantal+sarung batal. Harga RM65 sahaja termasuk pos. 

Tutorial Baby Bedding

Bahan yang diperlukan : Fiber 0.5" bersaiz 38" x 27", Fabrik 2 helai bersaiz 38" x 27".

Pinkan fabrik seperti diatas iaitu fiber, dilapisi fabrik atas dan bawah dalam keadaan terbalik apabila siap dijahit permukaan fabrik berada dalam keadaan yang betul.

Cara-caranya :
Jahit keliling fabrik dengan jarak 0.5" dari tepi dan berhentikan menjahit kira-kira 5" sebelum tamat jahitan untuk membolehkan kita terbalikkan fabrik tersebut. Sekarang, bedding telah terhasil. Mudah kan! Kemaskan jahitan bedding daripada luar dengan menjahit baki jahitan yang terputus tadi serta beding boleh dihias dengan pelbagai corak jahitan yang disukai seperti menjahit mengikut gambar atau corak-corak geometri yang saudara sukai.

CONTOH KOLEKSI YANG SAYA JAHIT....
 
Baby bedding, Size : 38" x 27"                         good packaging untuk dijadikan hadiah

Selamat mencuba.

Sunday, August 16, 2015

MENGHILANGKAN KERAK SUSU DENGAN BERKESAN


Apabila terpandang botol susu anak, pastinya geli dan runsing memikirkan bagaimana cara untuk memastikan puting botol susu sentiasa bersih dari kerak susu. Saya perasan kerak susu ini sangat mudah melekat pada puting terutama dibiarkan 2,3 jam tidak dibasuh terutama terbiar di waktu malam. 

Setiap hari, kerjanya menyental kerak tersebut. pelbagai petua telah dicuba seperti merendam dengan air garambersama cuka makan rendam air panas. Hasilnya memberangsangkan walaupun kerak masih bersisa. Harga puting bukannya murah, jika hendak digantikan 3 minggu sekali lebih-lebih lagi puting jenama mahal seperti Tommei Tippee dan Avent. 


Adakah kawan-kawan mempunyai petua atau produk yang boleh membantu menyelesaikan masalah ini dengan lebih berkesan...sila abadikan comment saudara di blog ini. Terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu.

Saturday, August 15, 2015

Program Wajib Selepas Raya


Sebulan berhari raya, kini tiba saat untuk kita mengembalikan semua berat badan yang ideal. Ibadah puasa banyak memberi kebaikan sekiranya benar-benar menghayati ibadah fardu umat Islam ini kerana puasa dapat membentuk dan meningkatkan disiplin, malah mampu meningkatkan kualiti peribadi kepada satu tahap yang lebih baik dan bermakna. Hari raya pula merupakan suatu hari gembira dan hari kemenangan bagi seluruh umat Islam yang berjaya melaksanakan tuntutan Allah pada bulan Ramadan.


Apa yang jadi selepas berjaya menahan diri daripada nafsu termasuk makan, minum dan melakukan perkara yang dilarang dan berjaya membentuk disiplin diri dan peribadi kepada tahap yang lebih baik dan hebat dari segi jasmani dan rohani. Dibulan puasa, berat badan akan menurun dan ia mampu dikawal. Seluar yang dipakai akan semakin longgar.

Namun begitu, tamat sahaja bulan raya (syawal). Maklum sahaja lepas raya. Banyak allignment telah lari. Waktu ini semuanya salah, angkara open house dan jamuan tempat kerja. Undangan wajib pergi kan! Makan pulak banyak-banyak. Makanan pun banyak pilihan jugak. Berdosa tidakk makan dan membazirkan saudara syaitan. Hari raya memang patut disambut dengan bergembira dan memakan makanan sedap-sedap tetapi perlu mengawalnya. Setiap hari raya sudah tentu akan dijamu pelbagai makanan yang berat-berat seperti lemang, nasi impit, rendang, ketupat dan sebagai. Sudah tentu kita tidak akan melepaskan peluang ini.

Apa jadi selepas tu....Lepas raya banyak baju tak muat. Termasuklah dengan baju raya yang tahun ini, tahun lepas tak perlu cerita, serammm.... Macam mana ni, masuk raya baru je tahun lepas punya dah tak boleh pakai. Berat badan yang turun semua masa raya dah melambung naik semula. Alamak.. Baju tak muatlah.. Nak butang pun susah.. Kalau pasaran saham, naik mendadak macam ini....cepat kita kaya. Macam mana yek... 

Tapi, tempat orang ramai melawat selepas bulan raya ni..hospital. Tahun demi tahun statistik menunjukkan meningkatnya bilangan warganegara yang dihinggapi pelbagai penyakit, antaranya termasuklah kencing manis, sakit jantung, kanser dan sebagainya. Kempen demi kempen dijalankan bagi memberi kesedaran kepada kita semua, namun tidak ramai mengambil iktibar daripadanya.

Bulan Zulkaedah ni..kena berdiet semula, bukan sekadar pada bulan puasa tetapi lebih penting bulan-bulan selepasnya. Yang menjadi masalah, hari raya dan bulan seterusnya dijadikan lesen untuk mengamalkan budaya dan rutin biasa dari segi pemakanan seperti mana yang pernah kita amalkan. Tiada bezanya kita ketika bulan Ramadan ke syawal dan bulan-bulan sebelum dan selepas bulan Ramadan.

Apakah program wajib selepas raya adalah diet. Sebenarnya tiada diet khusus untuk berhari raya. Sambutlah dengan sederhana kerana makanan pada hari raya boleh dikatakan berat. Musim berhari raya jangan dijadikan pesta makan atau bulan membalas dendam selepas berpuasa selama sebulan. Nasihat yang biasa diberikan, cuba elakkan memakan terlalu banyak makanan berminyak dan berkolesterol tinggi. Juga kurangkan minum minuman berkarbonat. Kawal nafsu makan walau pun bulan puasa telah berlalu. Bulan-bulan selepas berpuasa merupakan ujian sebenar sama ada kita mampu mengekalkan tahap disiplin diri yang tinggi dari segi pemakanan sebagaimana yang kita amalkan ketika berpuasa.

Peribahasa Inggeris pernah menyebut, "You are what you eat." Kemampuan mengawal apa yang dimakan terletak pada diri kita dan bukan pada orang lain. Kita perlu ada budaya makan terkawal iaitu suatu disiplin dari segi makanan harian yang dimakan. Kita tidak boleh makan ikut sedap rasa dan juga kerana kita mampu membelinya.

Sudah sampai masanya untuk mengubah sikap dan mindset sebelum terlambat. Mengubah sikap itu sesuatu yang sukar sebenarnya. Selagi tidak sakit, selagi itu makan ikut nafsu. Tepuk dada, tanya selera! Tidak perlulah kita bercakap fasal diet hari raya kerana secara hakikinya tiada istilah diet hari raya. Kalau pun kita mampu berdiet pada bulan puasa dan sebulan berhari raya, ia cuma dua bulan, bagaimana pula dengan sepuluh bulan yang lain dalam tahun yang sama? Mmmmmmm


Menu breakfast aku hari ini...terima kasih beyonddiet.com kerana share resepi ini.


NUTELLA FRENCH TOAST

Ingredients
1/4 c. almond butter, organic, raw
2 tbs. cacao powder, raw, organic
4 tbs. honey, raw, unfiltered, organic
1/2 c. yogurt, greek, plain, full-fat, plain, organic
2 slc. sprouted whole grain bread, from organic grains
2 egg, omega-3, cage-free, organic
1 tsp. vanilla extract, organic
1 c. almond milk, unsweetened, organic
1 tsp. cinnamon, ground, organic
1/4 tsp. nutmeg, organic
1/4 tsp. ground allspice, organic
1/2 c. mixed berries, fresh, any type, organicDirections


Directions
Mix the almond butter with the cacao powder, and stir in half of the honey. To lighten the "Nutella" spread, add the Greek yogurt. Continue mixing until all four ingredients blend in nicely. Spread a generous amount of the healthy "Nutella" on a slice of sprouted grain bread, and then sandwich with another slice of bread. Prepare the egg mixture by mixing the whole eggs, vanilla extract, almond milk, and cinnamon. You can add nutmeg and allspice if you want, but it still tastes great without these. Soak the "Nutella" sandwich in the egg mixture then put it in a hot non-stick pan (skip adding oil or butter). Fry this until it's brown, flip the sandwich and brown the other side. The goal is to make the outside brown and toasty, while the inside is smooth and creamy. Remove from the pan and cut into 3 slices. Add mixed berries in the pan and cook until they are soft. Add the remaining honey, and mix well with the berries until they are well coated and they have soaked in the sweetness of the honey. Place the caramelized mixed berries on top of the french toast. This is a superb french toast recipe that kids and kids at heart will surely enjoy! It's a chocolatey french toast indulgence without the guilt! ;)

Friday, August 14, 2015

TUTORIAL MENJAHIT TUDUNG INNER SILANG ALA AL-HUMAIRA


Tutorial ini adalah sumbangan daripada Yuyue Design iaitu seorang Fashion Designer. Beliau  bakal mengemparkan pasaran tudung tidak lama lagi dengan jenama Deeya Couture.  Terima kasih kepada beliau kerana sudi berkongsi ilmu yang berguna, semoga saya boleh abadikan ilmu ini di sini dan berkongsi dengan saudara - saudara yang memerlukan tutorial tudung inner silang ala-ala al-humaira, neelofa, sugarscarf....










selamat mencuba

Tudung silang Mampu Menguruskan Muka



Untuk wanita bertudung, kini tiada masalah lagi untuk bergaya mengikut kehendak masing-masing. Semakin hari semakin banyak jenama dan butik baru muncul seperti cendawan selepas hujan yang mengeluarkan produk tudung yang berkualiti tinggi dan selesa dipakai serta harga yang ditawarkan berpatutan dengan jenama dan jenis tudung. 

Pemakaian tudung kini bukan sahaja sebagai fesyen tetapi boleh dimanipulasi untuk mendapatkan efek penirusan muka dimana tidak perlu lagi menyalai lebihan lemak dimuka hanya dengan pemakaian tudung seperti tudung silang sugarscarf dan tudung silang al humaira. 

Wanita jelitawan seperti anda diluar sana, suka akan evolusi trend tudung terkini bukan? Jadi, kali ini ingin berkongsi antara jenama tudung terkenal yang telah pun mengeluarkan koleksi  tudung yang berperanan untuk membantu menguruskan menguruskan wajah yang bulat seperti di bawah :

Instant Shawl Amabell
Instant Shawl Madison

Tudung ini daripada Al-humaira Contemporary yang dikenali sebagai instant shawl Amabelle dengan potongan istimewa ber-inner lekap silang di dahi yang boleh menyembunyikan bentuk pipi yang lebar/bulat.

Bagi peminat tegar Madison Sugarscarf, rasanya tidak asing lagi rekaan ini untuk anda. Rekaan ini serupa seperti rekaan Amabelle dari Al-humaira Contemporary. Tudung ini dilengkapi dengan Inner yang dilekapkan secara silang berbentuk v di dahi, ia sangat berkesan untuk memberikan ilusi muka supaya kelihatan tirus dan sangat sesuai untuk wanita yang berwajah bulat.