Monday, August 17, 2015

Menjahit baby bedding sendiri


Saya selalu tercari-cari baby bedding/quilt/comforter yang murah untuk baby. Kebanyakan yang ada di pasaran agak mahal kerana kebanyakan penjahit mengkaji keperluan lain seperti untuk membayar kos pekerja. Saya terpesona dengan iklan-iklan set baby bedding, tetapi saya hanya perlukan baby bedding yang simple untuk keperluan harian (alas tidur baby), harga yang berpatutan, kain berkualiti, kemas dan sederhana cantik. Kalau corak dan harga, rasa sayang pulak hendak digunakan setiap hari.

Tips untuk membeli baby bedding :
  1. Harga yang berpatutan dengan jahitan yang kemas.
  2. Material yang paling sesuai dengan baby adalah 100% cotton
  3. Corak yang simple
  4. Mudah dibawa ke mana-mana, boleh dilipat.
  5. Boleh dibasuh serta tahan lasak, walaupun telah beberapa kali dibasuh menggunakan mesin basuh namun masih elok. Sebenarnya basuh tangan (handwash) lebih baik.
  6. Baby bedding boleh dijadikan alas serbaguna. Selain dijadikan alas tidur baby sewaktu dirumah, dalam kereta, boleh digunakan juga untuk mengalas baby ketika dalam baby cot, boleh jugak digunakan untuk mengalas baby sewaktu meniarap. Jika berkunjung ke mana-mana pun, ia mudah untuk dibawa kerana saiznya yang sesuai, ringan, nipis tapi selesa. Namun demikian, kerana minat, hobby dan dengan kemahiran yang ada, saya menjahitnya sendiri. Masalah selesai serta memenuhi citarasa sendiri. 
Disini, saya ingin berkongsi bagaimana untuk menjahit baby bedding dengan teknik yang paling mudah serta jika ada yang ingin menempah baby bedding dengan saya, jangan segan jangan malu...tinggalkan comment atau pm saya di facebook (Heida Collections). Saiz comforter yang saya tawarkan adalah 38" x 27" serta percuma sebiji bantal+sarung batal. Harga RM65 sahaja termasuk pos. 

Tutorial Baby Bedding

Bahan yang diperlukan : Fiber 0.5" bersaiz 38" x 27", Fabrik 2 helai bersaiz 38" x 27".

Pinkan fabrik seperti diatas iaitu fiber, dilapisi fabrik atas dan bawah dalam keadaan terbalik apabila siap dijahit permukaan fabrik berada dalam keadaan yang betul.

Cara-caranya :
Jahit keliling fabrik dengan jarak 0.5" dari tepi dan berhentikan menjahit kira-kira 5" sebelum tamat jahitan untuk membolehkan kita terbalikkan fabrik tersebut. Sekarang, bedding telah terhasil. Mudah kan! Kemaskan jahitan bedding daripada luar dengan menjahit baki jahitan yang terputus tadi serta beding boleh dihias dengan pelbagai corak jahitan yang disukai seperti menjahit mengikut gambar atau corak-corak geometri yang saudara sukai.

CONTOH KOLEKSI YANG SAYA JAHIT....
 
Baby bedding, Size : 38" x 27"                         good packaging untuk dijadikan hadiah

Selamat mencuba.

No comments: