Saturday, August 15, 2015

Program Wajib Selepas Raya


Sebulan berhari raya, kini tiba saat untuk kita mengembalikan semua berat badan yang ideal. Ibadah puasa banyak memberi kebaikan sekiranya benar-benar menghayati ibadah fardu umat Islam ini kerana puasa dapat membentuk dan meningkatkan disiplin, malah mampu meningkatkan kualiti peribadi kepada satu tahap yang lebih baik dan bermakna. Hari raya pula merupakan suatu hari gembira dan hari kemenangan bagi seluruh umat Islam yang berjaya melaksanakan tuntutan Allah pada bulan Ramadan.


Apa yang jadi selepas berjaya menahan diri daripada nafsu termasuk makan, minum dan melakukan perkara yang dilarang dan berjaya membentuk disiplin diri dan peribadi kepada tahap yang lebih baik dan hebat dari segi jasmani dan rohani. Dibulan puasa, berat badan akan menurun dan ia mampu dikawal. Seluar yang dipakai akan semakin longgar.

Namun begitu, tamat sahaja bulan raya (syawal). Maklum sahaja lepas raya. Banyak allignment telah lari. Waktu ini semuanya salah, angkara open house dan jamuan tempat kerja. Undangan wajib pergi kan! Makan pulak banyak-banyak. Makanan pun banyak pilihan jugak. Berdosa tidakk makan dan membazirkan saudara syaitan. Hari raya memang patut disambut dengan bergembira dan memakan makanan sedap-sedap tetapi perlu mengawalnya. Setiap hari raya sudah tentu akan dijamu pelbagai makanan yang berat-berat seperti lemang, nasi impit, rendang, ketupat dan sebagai. Sudah tentu kita tidak akan melepaskan peluang ini.

Apa jadi selepas tu....Lepas raya banyak baju tak muat. Termasuklah dengan baju raya yang tahun ini, tahun lepas tak perlu cerita, serammm.... Macam mana ni, masuk raya baru je tahun lepas punya dah tak boleh pakai. Berat badan yang turun semua masa raya dah melambung naik semula. Alamak.. Baju tak muatlah.. Nak butang pun susah.. Kalau pasaran saham, naik mendadak macam ini....cepat kita kaya. Macam mana yek... 

Tapi, tempat orang ramai melawat selepas bulan raya ni..hospital. Tahun demi tahun statistik menunjukkan meningkatnya bilangan warganegara yang dihinggapi pelbagai penyakit, antaranya termasuklah kencing manis, sakit jantung, kanser dan sebagainya. Kempen demi kempen dijalankan bagi memberi kesedaran kepada kita semua, namun tidak ramai mengambil iktibar daripadanya.

Bulan Zulkaedah ni..kena berdiet semula, bukan sekadar pada bulan puasa tetapi lebih penting bulan-bulan selepasnya. Yang menjadi masalah, hari raya dan bulan seterusnya dijadikan lesen untuk mengamalkan budaya dan rutin biasa dari segi pemakanan seperti mana yang pernah kita amalkan. Tiada bezanya kita ketika bulan Ramadan ke syawal dan bulan-bulan sebelum dan selepas bulan Ramadan.

Apakah program wajib selepas raya adalah diet. Sebenarnya tiada diet khusus untuk berhari raya. Sambutlah dengan sederhana kerana makanan pada hari raya boleh dikatakan berat. Musim berhari raya jangan dijadikan pesta makan atau bulan membalas dendam selepas berpuasa selama sebulan. Nasihat yang biasa diberikan, cuba elakkan memakan terlalu banyak makanan berminyak dan berkolesterol tinggi. Juga kurangkan minum minuman berkarbonat. Kawal nafsu makan walau pun bulan puasa telah berlalu. Bulan-bulan selepas berpuasa merupakan ujian sebenar sama ada kita mampu mengekalkan tahap disiplin diri yang tinggi dari segi pemakanan sebagaimana yang kita amalkan ketika berpuasa.

Peribahasa Inggeris pernah menyebut, "You are what you eat." Kemampuan mengawal apa yang dimakan terletak pada diri kita dan bukan pada orang lain. Kita perlu ada budaya makan terkawal iaitu suatu disiplin dari segi makanan harian yang dimakan. Kita tidak boleh makan ikut sedap rasa dan juga kerana kita mampu membelinya.

Sudah sampai masanya untuk mengubah sikap dan mindset sebelum terlambat. Mengubah sikap itu sesuatu yang sukar sebenarnya. Selagi tidak sakit, selagi itu makan ikut nafsu. Tepuk dada, tanya selera! Tidak perlulah kita bercakap fasal diet hari raya kerana secara hakikinya tiada istilah diet hari raya. Kalau pun kita mampu berdiet pada bulan puasa dan sebulan berhari raya, ia cuma dua bulan, bagaimana pula dengan sepuluh bulan yang lain dalam tahun yang sama? Mmmmmmm


Menu breakfast aku hari ini...terima kasih beyonddiet.com kerana share resepi ini.


NUTELLA FRENCH TOAST

Ingredients
1/4 c. almond butter, organic, raw
2 tbs. cacao powder, raw, organic
4 tbs. honey, raw, unfiltered, organic
1/2 c. yogurt, greek, plain, full-fat, plain, organic
2 slc. sprouted whole grain bread, from organic grains
2 egg, omega-3, cage-free, organic
1 tsp. vanilla extract, organic
1 c. almond milk, unsweetened, organic
1 tsp. cinnamon, ground, organic
1/4 tsp. nutmeg, organic
1/4 tsp. ground allspice, organic
1/2 c. mixed berries, fresh, any type, organicDirections


Directions
Mix the almond butter with the cacao powder, and stir in half of the honey. To lighten the "Nutella" spread, add the Greek yogurt. Continue mixing until all four ingredients blend in nicely. Spread a generous amount of the healthy "Nutella" on a slice of sprouted grain bread, and then sandwich with another slice of bread. Prepare the egg mixture by mixing the whole eggs, vanilla extract, almond milk, and cinnamon. You can add nutmeg and allspice if you want, but it still tastes great without these. Soak the "Nutella" sandwich in the egg mixture then put it in a hot non-stick pan (skip adding oil or butter). Fry this until it's brown, flip the sandwich and brown the other side. The goal is to make the outside brown and toasty, while the inside is smooth and creamy. Remove from the pan and cut into 3 slices. Add mixed berries in the pan and cook until they are soft. Add the remaining honey, and mix well with the berries until they are well coated and they have soaked in the sweetness of the honey. Place the caramelized mixed berries on top of the french toast. This is a superb french toast recipe that kids and kids at heart will surely enjoy! It's a chocolatey french toast indulgence without the guilt! ;)

No comments: