Friday, August 14, 2015

Tudung silang Mampu Menguruskan Muka



Untuk wanita bertudung, kini tiada masalah lagi untuk bergaya mengikut kehendak masing-masing. Semakin hari semakin banyak jenama dan butik baru muncul seperti cendawan selepas hujan yang mengeluarkan produk tudung yang berkualiti tinggi dan selesa dipakai serta harga yang ditawarkan berpatutan dengan jenama dan jenis tudung. 

Pemakaian tudung kini bukan sahaja sebagai fesyen tetapi boleh dimanipulasi untuk mendapatkan efek penirusan muka dimana tidak perlu lagi menyalai lebihan lemak dimuka hanya dengan pemakaian tudung seperti tudung silang sugarscarf dan tudung silang al humaira. 

Wanita jelitawan seperti anda diluar sana, suka akan evolusi trend tudung terkini bukan? Jadi, kali ini ingin berkongsi antara jenama tudung terkenal yang telah pun mengeluarkan koleksi  tudung yang berperanan untuk membantu menguruskan menguruskan wajah yang bulat seperti di bawah :

Instant Shawl Amabell
Instant Shawl Madison

Tudung ini daripada Al-humaira Contemporary yang dikenali sebagai instant shawl Amabelle dengan potongan istimewa ber-inner lekap silang di dahi yang boleh menyembunyikan bentuk pipi yang lebar/bulat.

Bagi peminat tegar Madison Sugarscarf, rasanya tidak asing lagi rekaan ini untuk anda. Rekaan ini serupa seperti rekaan Amabelle dari Al-humaira Contemporary. Tudung ini dilengkapi dengan Inner yang dilekapkan secara silang berbentuk v di dahi, ia sangat berkesan untuk memberikan ilusi muka supaya kelihatan tirus dan sangat sesuai untuk wanita yang berwajah bulat.

No comments: